HINGGA HARI INI MASAALAH JAMBATAN BELUM SELESAI
Posted in:Keadaan jambatan terbengkalai di Parit Jamil
Muar hari ini.Di sebelah kanan jambatan lama
dan di sebelah kiri jambatan sementara
Gambar jambatan sementaradi Parit Jamil Muar
hari ini.Bandingkan dengan gambar dalam laporan
akhbar The Star tahun lalu.Ada apa-apa perbezaan?
Beginilah keadaan jambatan lama yang
terbengkalai di Parit Jamil hari ini
Jambatan sementara yang membahayakan pengguna
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah mengajukan permasaalahan 3 buah jambatan terbengkalai di Kampong Parit Jamil Muar,Parit Bulat Muar dan di Pekan Semerah dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pada 9 September 2008.
Dewan dimaklumkan bahawa kontrak yang dilaksanakan oleh kontraktor asal telah ditamatkan pada 28.11.2007.Kontraktor asal menghadapi masaalah kewangan dan tidak dapat menyiapkan projek.Tindakan telah diambil terhadap kontraktor ini dengan mengemukakan laporan kepada PKK.Kontraktor ini tidak dibenarkan memasuki tender kerajaan sehingga segala hutang piutang dengan kerajaan diselesaikan.
Projek ini sedang ditender semula dan tarikh tutup tender adalah pada 3.9.2008.Projek ini dijangka siap dalam tempoh 1 tahun 6 bulan.
YB Gwee Tong Hiang ADUN Bentayan pada Persidangan yang sama juga bertanya tentang jambatan terbengkalai di Parit Jamil dan Parit Bulat.Kerajaan Johor menyatakan bayaran yang telah dibuat kepada kontraktor yang telah ditamatkan adalah RM2,830,200.00 iaitu 33%.
Walau bagaimanapun sehingga Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November-Disember 2008 tiada perkembangan lanjut.YB Dr Mohammad sekali lagi mengajukann soalan yang sama.Jawapan kerajaan pula 'tawaran semula telah dipanggil dan sedang menunggu keputusan lembaga tender untuk melantik kontraktor baru.Kerja-kerja dijangka bermula pada Januari 2009 dan dijangka siap pada Disember 2009.'
Sekarang sudah bulan Mac 2009.Belum ada tanda-tanda projek ini akan disambung semula. Bila agaknya masaalah ini akan selesai?
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2009
(148)
-
▼
Mac
(15)
- SEPETANG BERSAMA ADUN MAHARANI DI PT UNAS MUAR
- Gotong Royong Bersama ADUN Maharani - 8 Mac 2009
- Sambutan Maulidur Rasul SAW 1403
- PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA ADUN MAHARANI
- PROGRAM MENGATASI BANJIR DI MUAR/BAKRI-maklumat YB...
- HINGGA HARI INI MASAALAH JAMBATAN BELUM SELESAI
- Jambatan Parit Jamil Muar Masih Tergendala
- Lagi Gambar-Gambar-Gambar Gotong-Royong 8 Mac
- PROGRAM GOTONG ROYONG DUN MAHARANI sempena 8 Mac
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W
- YB Hj Mohd Abdul Wahid Hj Endut tunai janji temui ...
- Pegawai Penerangan Negeri Kelantan bersama YB Maha...
- Program ADUN Maharani bersama DAP
- Sambutan Tahun Baru Cina bersama DAP BAKRI
- Nik Aziz: Drop bumi term when asking for govt aid
-
▼
Mac
(15)
0