SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H TAMAN BUNGA RAYA MUAR


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAMAN BUNGA RAYA 2012

Taman Bunga  Raya Jalan Temenggong Ahmad Muar menyambut Sambutan Maulidur Rasul pada pagi Ahad, 11 Mac 2012 mulai jam 9.00 pagi. Ia dimulakan dengan majlis perarakan sambil berselawat dan dengan paluan kompang bermula  dari rumah Tn Hj Zulkifli Abu Bakar hingga ke Surau Taman Bunga Raya.Suasana hening pagi minggu menjadi meriah apabila anak-anak penduduk taman ini keluar berarak bersama-sama lebih 30 orang pelajar tahfiz Madrasah Al Manar Parit Sakai Muar.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul secara besar-besaran dengan  perarakan adalah julung-julung kali diadakan  di Taman ini. Pengerusi Pakatan Surau Taman Bunga Raya, Tuan Hj Ibrahim Joned adalah penggerak utamanya dengan kerjasama seluruh ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat.YB Dr Mohammad Taslim merupakan Bendahari surau ini sejak ia mula dibina.

Majlis di Surau dimulakan dengan bacaan doa oleh penduduk taman ini, Ustaz Budiman diikuti sdengan bacaan al Quran oleh qari jemputan, Tn Hj Mohd Rabu bin Tasrif.Selepas majlis selawat upacara kemuncaknya ialah syarahan Maulidur Rasul oleh Ustaz  Hj Sidek bin Md Raus, Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Cenderamata merupakan tulisan khat berbingkai hasil tangan Tuan Pengerusi Pakatan sendiri.

Majlis jamuan diedarkan dalam dulang mengikut sunnah dan tradisi nasi ambang Johor.


 
YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Ibrahim, Pengerusi Pakatan dan
Tn Hj Zulkifli, AJK Pakatan.

 
Anak-anak tak sabar nak berarak.....


Tn Hj Ibrahim bersama sebahagian daripada anak-anak
Taman Bunga Raya yang akan berarak.


Kompanh jidur bersedia untuk mengiringi perarakan.


 YB Dr Mohamad menyampaikan cenderamata kepada Penceramah, 
Ustaz Hj Sidek Md Raus, Pegawai Khas Agama kpd YAB Ketua Menteri Melaka.

YB Dr Mohammad menyampaikan cenderamata kepada
Ustaz Budiman yang membacakan doa.


Cenderamata untuk Ketua Perarakan. Di sebelah kanan ialah 
Tuan Imam Surau,  Hj Md Noh Mohamed .


Cenderamata untuk Tn Hj Zulkifli.

Basikal sumbangan Tn Hj Othman Mohamad dan Tn Hj Samsury Salleh
untuk peserta perarakan yang bertuah.

Tuan Hj Samsury menyampaikan sumbangan basikal 
kepada Nurfatihah.

Ustaz Masral dan pelajar Tahfiz Madrasah Al Manar Pt Sakai
menjadi ntetamu undangan.


Alhamdulillah, majlis berjaya.Dari kanan, Tn Hj Zulkifli, Tn Hj Ibrahim,
 Tn Hj Othman (bilal) dan Tn Hj Hasan (SU Surau).


0