ADUN MAHARANI TURUN PADANG KE KG PARIT BESAR MUAR


PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI DI KG PARIT BESAR JALAN JUNID MUAR
Jumaat 30 Mac 2012

Petang ini, Jumaat 30 Mac 2012 ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, seperti biasa meluangkan masa turun padang bertemu rakyat. Program ziarah kebajikan ini berterusan sepanjang masa. Sedikit sumbangan beras,barangan  dapur dan wang tunaidisediakan bagi  bagi mereka yang memerlukan. Di samping itu bagi mereka yang menghidap penyakit YB Dr Mohammad juga menyediakan rawatan perubatan.
Petang ini beliau diiringi oleh isteri beliau, Puan Rubiah Raffee, Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail dan Pembantu Khas beliau, Sdr Hamidun Omar. Mereka menziarahi dua orang adik beradik yang tinggal berdekatan di Kg Pt Besar, Jalan Junid, Muar. Seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Raja Muar dan adiknya seorang OKU.Kehadiran kami disambut mesra oleh mereka.

 Selamat datang ke rumah Cik Rokiah Othman, seorang OKU.

Kami sampai ke rumah Cik Rokiah jam 6.00 petang. Kami kena berhati-hati menyeberangi jambatan ini kerana keadaannya sudah uzur. Beliau memerlukan bantuan membaikki jambatan ini. (Gambar di atas).
Rumah beliau adalah rumah pusaka keluarga beliau.

 Inilah rumah Puan Ara, seorang ibu tunggal, tempat beliau
berteduh bersama dua orang anaknya.

Puan Ara ialah kakak Cik Rokiah.Rumah beliau ini dibina oleh arwah suaminya menggunakan bumbung ardek terpakai yang sudah mula bocor, tidak berbilik, dengan tandas yang belum sempurna. Beliau pernah memohon rumah PPRT dan rumah bantuann Baitulmal tetapi tidak berjaya. Beliau menghidap penyakit lelah.Beliau menyara hidup dengan bekerja kilang dengan pendapatan RM800.00 sebulan. Nasib baik anak-anak beliau mendapat bantuam Baitulmal sebanyak RM200.00 sebulan.


 Sdr Hamidun (kanan ) dan Puan Rubiah (kiri membelakangkan kamera)
beramah mesra di tangga rumah Cik Rokiah.


Simpati, YB bersama Puan Ara dan 2 orang anak-anak beliau.

 
Puan Ara sedang menghidap lelah. Dr Mohammad sempat merawatnya.

Dr Mohammad bersedia merawat walau di mana.

YB Dr Mohammad dan isteri menyampaikan sumbangan kepada Puan Ara.


Puan Rubiah menyampaikan sedikit buah tangan untuk Puan Ara.
Sdr Abu Bakar di kanan.


Sumbangan kami untuk Cik Rokiah.

InsyaAllah kami akan datang lagi untuk membantu keluarga ini. Masih banyak lagi bantuan yang mereka perlukan.

0