MESYUARAT KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 : SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI



 
SOALAN-SOALAN DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH ADUN MAHARANI, YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
15 MAC 2012

BIL
SOALAN-SOALAN BERTULIS
JABATAN
PORTFOLIO

1.

Benarkah ada Syarikat di Johor atau Malaysia yang berdagang minyak sawit atau komoditi lain dengan rakan perniagaan dari Israel melalui pelabuhan di Johor ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

2.

Berapakah jumlah Hafiz yang berdaftar dalam negeri Johor, cara memohon  elaun , ujian kelayakan dan   jumlah elaun yang diterima oleh setiap seorang hafiz ?


Jabatan Agama Islam

Pengerusi JK Agama Negeri Johor

3.

Nyatakan jumlah tangkapan khalwat dalam negeri Johor mengikut daerah dalam Tahun 2008- 2011 dan apakah tindakan untuk mengatasinya ?


Jabatan Agama Islam

Pengerusi JK Agama Negeri Johor

4.

Mengapakah KPRJ menjual saham dalam Tebrau Teguh Berhad  kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan harga murah sedangkan TTB  dikatakan telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor  sebagai pemaju tanah kerajaan di Pengerang yang terletak dalam Hab Industri Minyak dan Gas Johor ?


Pejabat Menteri Besa

YAB Menteri Besar

5.

Nyatakan keluasan tanah kepunyaan KPRJ yang telah dijual , jumlah bayaran yang diterima dan adakah ia mengikut harga pasaran ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

NAMA Y.B.   : DR MOHAMMAD BIN TASLIM
KAWASAN    : MAHARANI

0