PAS PT AMAL LAUT BINA RUMAH JIRAN CINA


SEMANGAT KEJIRANAN DAN PEMUAFAKATAN RAKYAT MALAYSIA TERSERLAH DI KAMPONG PARIT AMAL LAUT MUAR.

 Hari ini, Ahad 18 Mac 2012, satu sejarah terpahat dalam DUN Maharani apabila ahli-ahli PAS Cawangan Parit Amal Laut Muar membantu seorang jiran berbangsa Cina, Encik Ch'ng Keng Lim, 55 tahun, membina semula rumahnya yang telah terlalu uzur. Projek ini diketuai oleh ahli PAS Cawangan Pt Amal Laut, Sdr Othman Baki, seorang tukang yang mahir.

Encik Ch'ng ialah seorang duda yang bekerja sebagai penoreh getah di kebun yang dipajaknya. Pendapatannya lebih kurang RM500 - 700 sebulan sahaja. Beliau anak watan Kg Pt Amal Laut, dilahirkan disini.Beliau tinggal seorang diri di rumah pusaka di pendalaman kampong. Rumah ini sudah terlalu uzur dimakan anai-anai. Bekalan elektrik sudah lama dipotong kerana tidak mampu membayar bil elektrik. Bekalan air masih ada. Permohonan untuk mendapat BR1M baru-baru inim pun ditolak dengan alasan tidak memenuhi syarat. Belaiau akan dibantu untuk mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun beliau dalam kesusahan beliau mempunyai sedikit simpanan dalam KWSP sebanyak RM15,000.00 ringgit. Wang inilah yang akan digunakan untuk membina semula rumahnya. Masalah beliau mendapat perhatian daripada  ahli-ahli PAS Cawangan Parit Amal Laut yang merupakan jiran sekampung. Sdr Othman Baki dengan sokongan rakan-rakan lain bersedia membantu  En. Ch'ng bergotong royong membina rumah beliau secara sukarela.

Pagi ini, Ahad, 18 Mac 2012, kerja-kerja pembinaan dimulakan. YB Dr Mohammad Taslim, selaku ADUN Maharani turut bersama dalam satu majlis rengkas untuk menyampaikan sumbangan wang kepada En. Ch'ng. Beliau turut melihat sendiri kerja-kerja murni yang dijalankan oleh penduduk dan jiran-jiran  yangn mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Beliau kagum dengan  kerjasama, semangat setia kawan dan keharmonian hidup pendudulk di kampung ini. Inilah bentuk masyarakat Malaysia yang  wajib dijadikan contoh. Beliau berharap pihak berwajib akan turut membantu beliau.. En. Ch'ng sangat terharu dengan bantuan jiran dan rakan dalam kampung ini yanag begitu perihatin dengan masalah beliau. Ahli-ahli PAS Cawangan Parit Amal akan membantu membina rumah beliau hingga siap dan mengusahakan supaya bekalan elektrik akan disambung semula.


YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan wang tunai kepada EN. Ch'ng.

Mesra rakyat dan perihatin.

Dari kiri : Sdr Hamidun, Tn Hj Selamat, En. Ch'ng, Sdr Abu Bakar dan YB Dr Mohammad
di hadapan rumah En. Ch'ng.


En. Ch'ng memandang sayu rumahnya yang sangat uzur.

YB Dr Mohammad membantu  kerja binaan diperhatikan oleh 
 Sdr Othman dan En. Ch'ng.


YB Dr Mohammad dan En. Ch'ng bersama petugas-petugas
sukarela PAS Pt Amal Laut.


Sukarelawan tekun bekerja di pagi yang panas terik.


PAS Cawangan Parit Amal Laut Muar
sedia berkhidmat untuk rakyat.


0