HARI WANITA SEDUNIA 2012 BERSAMA ADUN MAHARANNI DAN AHLI PARLIMEN BAKRI


 8 MAC 2012 HARI WANITA SEDUNIA


ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, bersama Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa, turun padang di sekitar Muar dan Bakri untuk meraikan kaum wanita sempena Hari Wanita tahun ini.Berbekalkan beg kitar semula mereka menemui wanita di Warong Jalan Haji Jaib Muar, Pasar Jalan Ali dan Pasar Awam Muar.

Lawatan selama hampir 2 jam mulai jam 9.15 pagi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dan peniaga yang ditemui. Walaupun beg kitar semula ini dikhususkan untuk kaum wanita, kaum lelaki juga berminat untuk diberi kepada isteri di rumah.


Secara tidak langsung lawatan ini juga mempromosikan penggunaan beg kitar semula untuk memastikan nalam sekitar kita bersih dan selamat. Sebahagian mereka masih tidak menyedari bahaawa setiap hari Sabtu merupakan hari tanpa plastik di Pasaraya dan kedai-kedai yang mengambil bahagian.



Beg kitar semula di tangan menunggu penerimanya.

 
YB Dr Mohammad dan YB Er menemui peniaga di Pasar Awam Muar.

 
Satu untuk Puan, gunakannya ya....


Bermesra dengan peniaga.

 
 
Menyantuni pengunjung di Warong Jln Hj Jaib.


Beg kitar semula untuk ke pasar, ke kedai....

0