MESYUARAT KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE12 : SOALAN LISAN ADUN MAHARANI




 SOALAN-SOALAN DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH ADUN MAHARANI, YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
15 Mac 2012

BIL
SOALAN-SOALAN MULUT
JABATAN
PORTFOLIO
1.

Nyatakan jumlah penerima BR1M mengikut DUN dan bangsa dan mengapa ada permohonan ditolak ?

Pejabat Menteri Besar
YAB Menteri Besar

2.

Nyatakan Syarikat GLC negeri Johor yang mencatat keuntungan dan yang mencatat kerugian berakhir 31 Disember 2011 ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

3.

JCorp bekerjasama dengan CVC untuk menubuhkan Massive Equity Sdn. Bhd. Bagi mengambilalih semua saham KFCH & QSR pada kos RM5.2 bilion. Mengapakah tawaran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia untuk membeli saham tersebut bersama Tabung Haji dan FELDA ditolak ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

4.

Berapakah jumlah peruntukan khas dan peruntukan tambahan yang diberi kepada setiap ADUN BN untuk Tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

5.

Muar telah diisytiharkan sebagai Bandar DiRaja oleh DYMM Tuanku Sultan. Apakah keistimewaan yang akan diperolehi oleh rakyat Muar khususnya dan apakah peruntukan tambahan dan perancangan kerajaan untuk Bandar DiRaja ini ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar
6.
Nyatakan keluasan Tanah Rezab Melayu yang ditukar taraf kepada hakmilik bebas (freehold) sepanjang Tahun 2008 hingga 2011 dan adakah ia diganti semula ?

Pejabat Menteri Besar
YAB Menteri Besar



NAMA Y.B. : DR MOHAMMAD BIN TASLIM
KAWASAN  : MAHARANI

0