TEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR
Posted in: Dewan Negeri Johor, UCAPAN DEWANTEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN)
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010
ASSALAMUALAIKUM WBRT DAN SELAMAT SEJAHTERA
Bismillah dan selawat
YB Dato’ Speaker,
Maharani mengucapkan syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sembah setia kepada DYMM Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, di atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim juga di atas peluang menyertai perbahasan Titah Ucapan DYMM Tuanku Sultan.
Dalam titah baginda Sultan ,baginda telah menyentuh 10 aspek penting dalam pentadbiran negeri Johor.:
1. Pembasmian kemiskinan:
i) Maharani mempunyai persisiran pantai yang agak luas dan sebahagian penduduk bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.Sebagai pembekal protein mereka perlu dibantu.
Prasarana perlu dipertingkatkan segera seperti:
Jeti yang cukup panjang (contoh jeti Pt Unas Laut) untuk boat nelayan dengan pondok berteduh dan lampu untuk keselamatan.Pastikan jeti dibina di tempat yang sesuai supaya tidak roboh,tenggelam atau dihanyutkan air sungai.
Jeti di Parit Unas ini perlu diganti baru dan lebih panjang
Perhatikan betapa ceteknya parit di Parit perupuk Laut
semasa air surut.
JAWAPAN YB PENGERUSI JK PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
YB Maharani ada membagkitkan soal yang berkaitan dengan keperluan jeti yang sempurna untuk nelayan-nelayan di kawasan Muar,juga soal Koperasi Nelayan yang tidak begitu bergerak untuk membantu nelayan bagi menyalurkan bantuan.Banyak program-program yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan yang mana ianya juga merupakan fokus utama kerajaan.Bagi nelayan yang miskin,kerajaan telah memberikan bantuan seperti peralatan tangkapan ikan bagi memudahkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan.Bantuan tersebut diberikan kepada nelayan yang tersenarai sebagai miskin tegar ataupun miskin berpandukan kepada senarai e-kasih.
Kerajaan banyak menyediakan kemudahan infrastruktur terutamanya pembinaan jet.Kebanyakan jeti-jeti yang dibina di kawasan sungai lokasinya ditentukan sendiri oleh sebahagian besar daripada nelayan-nelayantersebut.
Dari segi penyalur bantuan kebanyakannya disalurkan melalui Persatuan Nelayan Kawasan bukan Koperasi.Persatuan Nelayan merupakan instutusi yang sah yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan yang diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Nelayan perlu menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan untuk membolehkan mereka terlibat dalam apa jua program yang dijalankan..Kerajaan memberi elaun sara hidup kepada masyarakat nelayan sebanyak RM200.00 sebulan.
Koperasi Nelayan hendaklah dibagunkan dengan sokongan Kerajaan dan bantuan yang diperlukan diagihkan dengan adil.Kembalikan semula bantuan sara hidup untuk mereka seperti yang disbut oleh rakan saya dari Skudai..Kita tidak mahu melihat mereka terjebak dengan meminjam daipada Ah Long.
Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:
Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.

ii) E-Kasih:
Saya ingin tahu tentang E-Kasih / Focus Group.Siapa agaknya rakyat yang layak didaftarkan dalam E-kasih.Saya sering diminta menyokong permohonan rakyat miskin yang namanya tidak tersenarai dalam E-Kasih.apabila diselidik mereka memang miskin.Di mana silapnya?
YB Dato' Speaker,
Saya mendengar YB Permas menyebut tentang e-Kasih.Saya pun menghadapi masalah yang sama.Musim pelajar-pelajar ke IPT ini ramai mohon bantuan daripada (Yayasan Pelajaran Johor) YPJ.Bila jumpa Penghulu didapati nama tak ada dalam e-Kasih sedangkan mereka memang dari golongan miskin dan perlu bantuan tetapi tidak mendaftar atau didaftarkan.Mereka tidak tahu atau tidak faham bagaimana hendak mendaftar.Jadi inilah masalah yang mendesak yang sepatutnya dapat diselesaikan.
Jawapan YB Pengerusi JK Pelajaran dan PengajiannTinggi:
YB dari Permas dan Maharani membangkitkan tentang Skim Bantuan Pendaftaran ke Institusi Pengajian Tinggi melalui YPJ.Syarat-syarat permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPTA dan IPTS melalui YPJ untuk ahli isi rumah keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar di e-kaih:
1. Pemohon kelahiran Negeri Johor atau menetap tidak kurang 5 tahun berturut-turut di Negeri Johor.
2. Pemohon telah mendapat surat tawaran daripada IPT Tempatan.
3. Permohonan adalah daripada pelajar IPT yang mendaftar di Tahun Pertama sahaja.
4. Tempoh kursus setahun atau lebih.
5. Pemohon adalah pelajar sepenuh masa di IPT.
6. Tempoh permohonan bagi yang mendaftar adalah sehingga dari 1 bulan dari tarikh pendaftaran ke IPT dan perlu menyertakan resit pembayaran pendaftaran.
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran daripada agensi-agensi lain.
2. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Daerah.
3. JIKA TIDAK TERDAPAT NAMA PEMOHON DALAM E-KASIH INI,MAKA PENGESAHAN DARIPADA PENGERUSI JPMM ADALAH DIPERLUKAN.
Borang permohonan boleh diperolehi daripada pejabat-pejabat daerah atau layari laman web www.johordt.gov.my.Isi borang dengan lengkap dan sertakan .kad pengenalan pemohon dan penjaga dan surat tawaran IPT.
Kadar bantuan: peringkat ijazah RM1000.00,
peringkat diploma: RM800.00 ,
peringkat sijil: RM500.00

Syarat-syarat kelulusan:
1. Pemohon adalah ahli isi rumah keluarga miskin dan miskin tegar yang mendaftar dalam pangkalan data e-kasih Jabatan Perdana Menteri.
2. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Daerah.
3. JIKA TIDAK TERDAPAT NAMA PEMOHON DALAM E-KASIH INI,MAKA PENGESAHAN DARIPADA PENGERUSI JPMM ADALAH DIPERLUKAN.
Borang permohonan boleh diperolehi daripada pejabat-pejabat daerah atau layari laman web www.johordt.gov.my.Isi borang dengan lengkap dan sertakan .kad pengenalan pemohon dan penjaga dan surat tawaran IPT.
Kadar bantuan: peringkat ijazah RM1000.00,
peringkat diploma: RM800.00 ,
peringkat sijil: RM500.00
DYMM Tuanku menyebut bilangan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar telah menurun kepada 132 orang sahaja berbanding 1497 orang pada tahun lalu.Jika ini benar,sepatutnya Wakil Rakyat tak ada masalah lagilah.Orang yang miskin tegar tidak tak dijumpai lagi dah tinggal sedikit dan mungkin sekarang masalah dah selesai.Saya harap fakta inilah fakta yang sebenarnya
YB Dato Speaker,
2. Pembangunan Modal Insan
Untuk menguasai ilmu ia bermula di sekolah.
i) Daerah Ledang dahulunya adalah sebahagian daripada Daerah Muar.Rakan-rakan saya di Ledang memberitahu pejabat dan pegawai-pegawai peringkat rendah telah dilantik.Malangnya Pegwai Pelajarannya belum dilantik.Apa masaalahnya?Adakah peruntukan atau adakah masalah lain.Inilah perkara yang perlu diambil perhatian.
ii) Perlantikan Jawatan Pengetua Sekolah Menengah:
Saya dimaklumkan didalam DUN Maharani sahaja ramai Pengetua akan bersara pada Tahun 2010 dan 2011.Masalahnya sistem pengisian jawatan Pengetua telah diubah.Dahulu pengisian jawatan ini diambil dari dalam negeri Johor tetapi sekarang diambil dari luar negeri Johor.Maka berlakulah masalah pegawai yang dilantik tidak mahu berhijrah ke Johor menyebabkan kekosongan jaeatan yang berlarutan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan warga pendidik di negeri ini.
Masalah ini menjejaskan pentadbiran sekolah dan pembelajaran murid.Ini berlaku dalam DUN Maharani.Jadi Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh orang Johor ini minta ambil perhatian.
iii) Sekolah Agama Bandar Maharani:
Saya di datangi oleh Guru Besar Sek Agama Bandar Maaharani Muar mengadu masalah sekolahnya yang terletak dalam Bandar tetapi terlalu uzur.
Pihak JKR mendapati pendawainnya rosak teruk menyebabkan alat elektrik tidak berfungsi.
Mereka tidak mempunyai computer dan LCD Projektor sebagai alat bantuan mengajar dan urusan pentadbiran.
Badan Kebajikan terpaksa merayu kepada ibubapa dan orang ramai untuk membantu tetapi belum mencukupi.Permohonan kepada Jabatan berkenaan juga telah di hantar tetapi masih belum berjaya.Mohon bantuan disegerakan.
Jawapan YB Pengerusi Jawatankuasa Agama:
Untuk makluman Ahli Yang berhormat Maharani,pihak Jabatan Agama Johor telah pun mengenal pasti kerosakan yang berlaku.di sekolah berkenaan.Buat masa ini kerja-kerja mengganti bumbung Sekolah Agama Bandar Muar sedang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM60,000.00.Ini juga termasuk kerja-kerja baik pulih tandas-tandas yang telah rosak.Manakala kerja-kerja baik pulih yang lain akan dilaksanakan secara berperingkat apabila peruntukan disediakan.
Bagi keperluan komputer dan LCD untuk kegunaan pengurusan sekolah dan untuk pembelajaran serta keperluan tambahan kerusi dan meja di sekolah-sekolah agama,pihak Jabatan Agama Johor sedang melaksanakan proses tender bagi perbekalan dianggarkan berjumlah 11,677 unit meja (meja sebuah sebuah menggantikan meja panjang) dan 2,300 unit kerusi murid bagi keperluan sekolah-sekolah agama seluruh Johor.
Majlis Agama IslammJohor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun bagi menambah baik keperluan pengurusan sekolah dan pembelajaran seperti alatan komputer,LCD dan lain-lain di samping RM2.5 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor.

3.Kelastarian Alam sekitar
Masalah pembuangan sampah dan sisa pepejal,tempat pelupusan sampah sudah menjadi masalah yang kronik di semua kawasan dan dalam pengetahuan PBT dan Kerajaan.
Di sini saya ingin menyampaikan keluhan pekerja SWM khususnya yang bertugas di Muar di mana mereka dahulunya adala pekerja Majlis Perbandaran Muar.Mereka mereka menerima tawaran yang lumayan untuk berpindah ke SWM.Malangnya sekarang apabila mereka hampir bersara mereka tidak diberi pilihan untuk bersara sehingga umur 58 tahun.Bayangkan jika mereka mempunyai pinjaman perumahan bagaiman mereka hendak membayarnya kerana tidak cukup wang kerana telah dibersarakan daripada jangkaan mereka? Mohon SWM terus ambil mereka bekerja.
YB Dato’ Speaker,
Keselamatan dan Kedaulatan Negeri:
Rakyat masih berduka dengan kehilangan Batu Puteh,kemudian penyerahan kawasan minyak Blok L dan M.Sekarang timbul isu tanah Tanjong Pagar di Singapura milik KTMB dan Kerajaan Malaysia ..Dilaporkan bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju memindahkan Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjong Pagar ke Woodlands menjelang 1 Julai 2011.
Stesen keretapi Tanjung Pagar yang telah berusia 78 tahun itu dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pemindahan akan berkuat kuasa 1 Julai 2011.
Juga dimaklumkan bahawa 271 hektar tanah milik KTMB Tg Pagar,Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah diserahkan kepada syarikat M-S Pte Ltd dengan Khazanah Nasional Memegang 60% dan Temasik Holdings Ltd 40%.Adakah ini bermakna 40% tanah tersebut akan menjadi milik Singapura?
Persoalan seterusnya adakah perjanjian ini turut diambil kira untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan Kerajaan Singapura seperti
Isu Pulau Pisang,
Isu perjanjian air,
Isu penggunaan ruang udara Johor,
Isu pasir yang dijual ke Singapura,
Isu jambatan indah.
Inilah sepatutnya dapat diselesaikan bersama denga isu-isu yang disebut tadi.
Inilah sepatutnya dapat diselesaikan bersama denga isu-isu yang disebut tadi.
Isu-isu di atas perlu penelitian supaya tidak merugikan Negara dan rakyat Malaysia .
Keperihatinan Kerajaan dalam hal kedaulatan negeri amat diambil berat.Dalam persidangan yang lalu contohnya kita diberitahu kita mempunyai banyak pulau,beratus buah pulau yang belum bernama di serata Negeri Johor.Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan pulau ini masih milik kita?Kita kena peka supaya kita tidak kehilangan kedaulatan negeri kita.
YB Dato’ Speaker,
Kemudahan Awam
1.Stadium Muar:
Muar bertuah kerana memiliki Stadium baru dan dapat memberi khidmat yang baik untuk pelajar sekolah mengadakan aktiviti sukan dan lain-lain..Saya difahamkan pembinaan trak di dalam Stadium ini tidak memenuhi piawian KOAM.Begitu juga dengan stadium yang baru dibina di tempat lain.Adakah ini benar dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil?
Kedua,terdapat padang bola bersebelahan Stadium ini yang sering digunakan untuk aktiviti riadah,sukan dan perlawanan bola sepak oleh kakitangan kerajaan, dan swasta dan kanak-kanak sekolah..Malangnya padang ini kosong tiada tempat duduk.Saya mencadangkan supaya MPM membina astaka dan tempat duduk bertingkat di tepi padang ini untuk keselesaan penonton dan menggalakkan aktiviti diadakan di sini melibatkan pelajar tadika,sekolah belia, Jabatan Kerajaan, NGO..
.Muar kekurangan padang awam untuk kanak-kanak,belia dan orang awam.
Saya mengucapkan terima kasih kepada MPM kerana membenarkan saya sebagai ADUN untuk menyewa padang ini untuk aktiviti ADUN.Terima kasih.
Saya mengucapkan terima kasih kepada MPM kerana membenarkan saya sebagai ADUN untuk menyewa padang ini untuk aktiviti ADUN.Terima kasih.
2. Muar sekali lagi bertuah kerana mempunyai sebuah Kompleks Mahkamah Muar di Parit perupuk Jalan Temenggong Ahmad.yang baru beroperasi bulan ini.Bangunan tegap dan indah ini juga patut menjaga kepentingan rakyat yang tinggal di sekelilingnya,Lebih dua tahun mereka mengalami kesusahan ketika bangunan ini dalam proses pembinaan.Masalah sekaranag:
Kompleks Mahkamah Muar
Bangunan ini tidak mempunyai parit yang sempurna di sebelah kanan bangunan (Menghadapnya) dan bahagian belakang.Parit yang disediakan meliputi sebahagian bangunan sahaja dan terlalu cetek.Ini bole memnyebabkan banjir di sekitarnya jika hujan lebat
.Di belakang bangunan pula parit konkrete diperlukan untuk mengelakkan tanah mendap dan runtuh.
Parit ‘U’ di tepi jalan di bahagian hadapan banguann hendaklah ditutup mulai dari Parit Perupuk hingga ke madrasah Ribat hendaklah ditutup untuk kemudahan pejalan kaki kerana jalan di sini sempit dan merbahya.
Tanda amaran yang sesuai hendaklah dibina untuk mengelakkan kemalangan.
Jalan masuk Parit Perupuk telah dinaik taraf dan ditar semula oleh MPM tetapi masih sempit dan tidak dapat menampung kenderaan yang akan bertambah melalui jalan ini.Ia perlu dilebarkan lagi.
Lampu jalan juga perlu ditambah keran jalan sempit dan berdekatan jambatan.
Inilah di antara rungutan penduduk setempat.
Menyebut tentang MPM ini saya ingin mengucapkan nterima kasih kepada MPM kerana menjemput kami ADUN daripada Pakatan Rakyat menyertai Mesyuarat Penuh Bulanan MPM walaupun kami ditutup mulut tidak boleh bercakap,tangan diikat tidak boleh bertindak,tak mengapa,tapi sekurang-kurangnya kami mdapat bersama-sama mendengar dan mengenali Ahli-Ahli Majlis.Malangnya di daerah lain saya difahamkan MPJBT,MP Kluang tidak menjemput ADUN Pakatan Rakyat untuk bersama dalam Mesyuarat Penuh Bulanan Majlis Perbandaran mereka.Ini perlu diberi perhatian kerana YAB Menteri sendiri memberitahu bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat boleh menghadiri Mesyuaarat Penuh Majlis Perbandaran.

Saya ingin menyentuh perkara-perkara yang disebut oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang pembangkang Pakatan Rakyat.Saya ingin memberi sedikit penerangan dan menjawabnya.
YB Bukit Batu.ada sebut kita ni pembangkang menabur sentimen membenci kerajaan.Kita bukan suruh benci kerajaan ,kita menegur dengan penuh keikhlasan.Dia kata batu api,Bukit Batu kata kita batu api,patutlah dia batu kan...tapi kita bukan batu api.Apa yang kita buat adalah kita cuba menyelesaikan masalah rakyat.Kita sebagai Wakil Rakyat,Wakil Rakyat kita bukanlah Wakil -Wakil Kerajaan,sebab itu kita menyuarakan hasrat rakyat.Jadi tak kiralah apa yang berpatutan rakyat suarakan,kita akan suarakan tanpa rasa takut sebab kita tidak ada kepentingan apa-apa.Kepentingan kita untuk rakyat.Kita tak boleh beri projek,tak boleh beri habuan wang ringgit.Itulah matlamat kita.

Kita dikatakan tohmah kerajaan tetapi dalam persidangan yang lalu kita ditohmah bahawa parti pembangkang ghairah untuk merebut kuasa.(Rujuk laporan Dewan yang lepas.)Ghairah merebut kuasa dan seterusnya untuk memerintah negara ini.Memanglah pembangkang hendak memerintah,sebab itu kita nak pastikan bahawa negeri ini berjalan dengan lancar,dengan baik dan bila kita memerintah mudahlah.
Jadi kalau Negeri Johor ni muflis tak kan lah kita nak perintah!Kita pun tak nak.Jadi itulah kita sebenarnya sebagai whistle-blower,whistle-blower untuk kebajikan.Bukan untuk merendahkan atau memburukkan tetapi tujuan kita untuk kebaikan,
Kami sama menjunjung titah DYMM Tuanku bahawa kita ADUN Pakatan Rakyat sentiasa berpakat dan telah pun berpakat untuk menjunjung sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 yang berprinsipkan MUAFAKAT ITU BERKAT dan juga Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.Tak ada kompromi dalam hal ini.Ini yang boleh saya beri jaminan.Kami sentiasa mengamalkan demokrasi. Walaupun ada perbezaan tetapi banyak lagi persamaan di antara kita.Kalau nak dibandingkan perbezaan di antara DAP,PAS dan satu masa nanti mungkin PKR di sini,lebih banyak lagi perbezaan kita dengan Barisan Nasional.
Persamaan yang ada pada masa ini,saya ucap tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor kerana menolak judi,judi bola.Ini yang sama,pakatan Rakyat juga tolak judi bola.Jadi Negeri Johor ini di antara negeri yang sama-sama menolak judi bola.Ini menunjukkan kita ada persamaan,tahniah sekali lagi.
Kita dikatakan menggunakan perbezaan,perbezaan agama,tentang soal kaum,ini tidak benar.sebab kita lihat sendiri sejak 2008 kita dapati bahawa ADUN-ADUN khususnya daripada DAP mereka lebih memahami Islam.Semalam disebut tentang YB Ketua Menteri Pulau Pinang.Dahulu beliau dikatakan anti-Islam,hari ini dikatakan pro-Islam,mana satu?.Kita lihat di Johor sendiri,ucapan-ucapan YB dari Pakatan Rakyat,dari DAP contohnya YB En. Er Teck Hwa,Ahli Parlimen Bakri.ketika di Parlimen.........
Yang Berhormat Ahli Parlimen Bakri menyebut 'di dalam ajaran Islam,tiga keperluan asas kehidupan iaitu air,api dan padang rumput adalah merupakan tanggungjawabkerajaan yang tidak boleh dswastakan kerana ia melibatkan semua rakyat.'
Kita nampak di sini mereka bukan anti-Islam.Mereka cuba memahamimenggunakan perkara-perkaran begini menunjukkan mereka faham.Mereka tidak menggunakan agama atau bangsa untuk kepentingan politik. Kami juga tidak memperalatkan di antara satu sama lain.Tadi disebut bahawa kami memperalatkan DAP,PAS memperalatkan DAP,kemudian PKR diperalatkan..Kami bukan alat memperalatkan tetapi sama-sama berjuang untuk mendapatkan negara Malaysia yang aman makmur.Kepimpinan kami sentiasa berunding dan bertemu untuk menyelesaikan perkara-perkara yang menimbulkan masalah.Tak ada perkara yang tak boleh diselesaikan.l

YB Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) mencelah:YB,YB,peraturan,dia sebut nama dalam Dewan ini.I minta dia tarik balik.
YB Datuk Timbalan Speaker : Nama jangan sebut.Parlimen Bakri sudah.
Yang Berhormat Ahli Parlimen Bakri menyebut 'di dalam ajaran Islam,tiga keperluan asas kehidupan iaitu air,api dan padang rumput adalah merupakan tanggungjawabkerajaan yang tidak boleh dswastakan kerana ia melibatkan semua rakyat.'
Kita nampak di sini mereka bukan anti-Islam.Mereka cuba memahamimenggunakan perkara-perkaran begini menunjukkan mereka faham.Mereka tidak menggunakan agama atau bangsa untuk kepentingan politik. Kami juga tidak memperalatkan di antara satu sama lain.Tadi disebut bahawa kami memperalatkan DAP,PAS memperalatkan DAP,kemudian PKR diperalatkan..Kami bukan alat memperalatkan tetapi sama-sama berjuang untuk mendapatkan negara Malaysia yang aman makmur.Kepimpinan kami sentiasa berunding dan bertemu untuk menyelesaikan perkara-perkara yang menimbulkan masalah.Tak ada perkara yang tak boleh diselesaikan.l
Tadi disebut tentang Johor boleh muflis 2012..Ini saya katakan sebagai whistle-blower untuk memperingatkan.Kalau tidak alhamdulillah,kalau ya kita kena perbetulkan.Masalah yang belum selesaim ialah JCorp dengan bon yang akan matang dalam 2012 ini,macam mana nak selesaikan tanpa menjual aset-aset. Yang telah dijual merupakan aset-aset yang cukup berharga ,kita tidak mahu ini berlaku.Seorang Menteri Pusat menyebut bahawa 2019 Malaysia mungkin akan muflis.Bukan Pakatan Rakyat sebut,Menteri sendiri sebut mungkin muflis.2019 kita muflis,2020 insyaAllah kita maju.Kalau boleh setahun maju tak apa kita sokong.
Akhir sekali YB Dato' Speaker,sebagai penutupnya sayang ingin memetik Titah DYMM Tuanku dalam pembukaan tempoh hari buat renungan kita bersama:
'Pegangan agama adalah sumber kekuatan untuk kita berhadapan dengan apa jua suasana dan cabaran di peringkat individu dan masyarakat.Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan pegangan akidah dalam amalan hidup kita berpandukan ajaran agama.'
Denga kata-kata ini saya sudahi denga wabillahi taufik walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian,terima kasih.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Julai
(12)
- CERAMAH UMUM PAS MUAR
- KERJASAMA UMNO-PAS : Kenyataan YB Dato Dr Hasan Al...
- ISU PELAJAR MENGANDUNG
- TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) -PENGENALAN
- TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) - MAKAN MALAM MEGA
- SOALAN-SOALAN LISAN ( DAN JAWAPAN ) PERSIDANGAN DE...
- SOALAN-SOALAN BERTULIS (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARAN...
- TEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARANI DALAM PERS...
- MEMPERINGATI SETAHUN PEMERGIAN TEOH BENG HOCK
- SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM PERSID...
- DEWAN NEGERI JOHOR DAN BANGUNAN PEJABAT MENTERI BE...
- PERATURAN PAKAIAN ISTIADAT JOHOR
-
▼
Julai
(12)
0