SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 1 JULAI 2010 - 19 JULAI 2010


          SOALAN-SOALAN BERTULIS  DEWAN YANG DIBANGKITKAN DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 1-19 JULAI 2010
DARIPADA YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM  (MAHARANI)  
Bil.
Soalan-soalan  Bertulis
Jabatan
Portfolio
1.
Nyatakan nama-nama,alamat,nombor telefon,kawasan atau zon yang mereka wakili serta tugas-tugas Ahli-Ahli  Majlis Perbandaran Muar.
Majlis Perbandaran Muar
Pengerusi. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
2.
‘Pelan Strategik Majlis Perbandaran Muar 2010-2015’ telah dilancarkan.Apakah kandungannya dan bolehkan dokumen tersebut diberi kepada ADUN Pakatan Rakyat dalam Daerah Muar supaya mereka boleh membantu dalam melaksanakan Pelan tersebut?
Majlis Perbandaran Muar
Pengerusi. Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan
3.
Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing dipenuhi pokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran dan Saliran Muar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil,mengapa?
Jabatan Pengairan dan Saliran
Penerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan,Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri
4.
Nyatakan nama-nama dan alamat penduduk miskin dan miskin tegar dalam DUN Maharani
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pengerusi. Jawatankuasa
Kebajikan Masyarakat Negeri
5.
Majlis Perbandaran Muar mengenakan bayaran ‘ANGKAT SAMPAH NIAGA’ sebanyak RM120.00 setahun.Nyatakan peraturan mana digunakan dan siapa yang terlibat.Seorang peniaga di Parit Jawa Muar terpaksa membayar tunggakan 2003-2010 sebelum lesennya diperbaharui.Mengapa penguatkuasaan tidak efisen?
Majlis Perbandran Muar
Pengerusi Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan

0