DEWAN NEGERI JOHOR DAN BANGUNAN PEJABAT MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA kERAJAAN JOHOR






  An aerial view of the Johor Administration Centre in Nusajaya.

DYMM Sultan Johor telah berkenan mengisytiharkan bangunan Dewan Negeri Johor dinamakan 
Bangunan Sultan Ismail ketika merasmikan Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-12
pada 1 Julai 2010














Bangunan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan dinamakan Bangunan Dato' Jaafar Mohamad


Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.

[ Last edited by  muor76 at 5-7-2007 11:42 AM ]

Bibliografi Menteri Besar Johor1886 -1919 : Dato' Jaafar Bin Muhammad 
 
Dato' Jaafar Bin Muhammad dilahirkan di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1838. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Singapura. Keluarga beliau dikatakan berasal dari keturunan Kerabat Diraja dan Bendahara Melaka. Tugas beliau ialah memimpin pegawai-pegawai Johor untuk memajukan dan memodenkan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Beliau adalah orang kepercayaan Sultan Johor dalam menguruskan pentadbiran. Ketika baginda Sultan Johor melakukan lawatan ke luar negeri, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Pemangku Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Bukit Mahmoodiah.


sumber: http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=152971&extra=&page=3






0