ISU PELAJAR MENGANDUNG


Hamil : Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).
Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil.
“Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri.
“Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.
Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.
Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27830:hamil-di-mana-kejujuran-pemimpin-ulama-kerajaan-&catid=1:utama&Itemid=50
___________________________________________________________________________________

[abjz-logo-small.jpg]

YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah mengajukan soalan kepada YB Datuk Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor dalam Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13,pada Hari Khamis, 8 Julai 2010 yang lalu.

Soalan A160 berbunyi:

Nyatakan bilangan pelajar sekolah ( dalam Negeri Johor ) yang mengandung mengikut bangsa dan daerah sejak 2008.

Jawapan Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Buang:

Untuk makluman Yang Berhormat,tiada laporan murid mengandung di sekolah.Sekiranya ada laporan di mana-mana agensi yang menunjukkan gadis di bawah umur mengandung,mungkin mereka sudah berhenti sekolah dan diluar daripada sistem persekolahan.

Sila hantar komen anda kepada kami. ANDA percaya di negeri Johor tiada pelajar sekolah hamil ??

Image Hosted by ImageShack.us
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 Julai, 2010 13:44 PM

Dewan Negara: 21 Kes Pelajar Mengandung Dan Bersalin Anak Luar Nikah Sejak 2006

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini pada Rabu, beliau berkata kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.

SUMBER : http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=516964

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekolah pelajar hamil diteruskan

Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta. Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya. ”Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini. ”Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2010/07/29/sekolah-pelajar-hamil-diteruskan/


0