SOALAN-SOALAN LISAN ( DAN JAWAPAN ) PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR 1-19 JULAI 2010



         SOALAN-SOALAN LISAN ( DAN JAWAPAN )  DEWAN 
YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
1-19 JULAI 2010
DARIPADA
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI)


SOALAN A160:

Nyatakan bilangan pelajar sekolah yang mengandung mengikut bangsa dan daerah sejak 2008.

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Untuk makluman Yang Berhormat, tiada laporan murid mengandung di sekolah. Sekiranya ada laporan daripada mana-mana agensi yang menunjukkan gadis di bawah umur mengandung, mungkin mereka telah berhenti sekolah dan di luar daripada sistem persekolahan.

SOALAN 161:

Kerajaan Selangor telah melaksanakan cuti bersalin bergaji 90 hari sejak 01.01.2009 dan berhak memilih pampasan jika bekerja selepas 60 hari dari tarikh bersalin.Bilakah Kerajaan Johor akan melaksanakan dasar ini?

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Dasar Cuti Bersalin sedia ada adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.Sebarang dasar baru Cuti Bersalin hanyanakan dilaksanakan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memutuskan sedemikian.

SOALAN A162:

Berapakah perbelanjaan keseluruhan dan berapa orang ADUN N Johor mengikuti lawatan ke luar negara baru-baru ini?

JAWAPAN  Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR:

Jumlah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah dan akan mengikuti lawatan ke luar negara adalah seramai 40 orang termasuk 2 orang urus setia.Jumlah perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM682,000.00

SOALAN A163:

Nyatakan jumlah pungutan pingat mengikut acara yang dimenangi oleh Kontinjen Johor dalam SUKMA 2006 - 2010 dan mengapa Johor tidak ampu mengatasi negeri lain yang lebih sedikit penduduknya?

JAWAPAN Y.B. TUAN HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Temasya SUKMA Ke-13 di Melaka yang telah berlangsung dari 9 hingga 19 Jun 2010 yang lalu, Kontinjen Negeri Johor (Harimau Selatan)   telah mengutip sebanyak 40 pingat emas, 39 perak, dan 53 gangsa. Jumlah kutipan sebanyak 132 pingat (ketiga terbanyak) telah melonjakkan kedudukan Negeri Johor ke tempat keempat secara keseluruhan berbanding tempat ke-9 pada SUKMA Terengganu 2008.
Atlet-atlet kita telah berjaya memecahkan 6 rekod SUKMA melalui acara memanah,menembak,olahraga dan angkat berat.

Pada  SUKMA Tahun 2006 di Kedah, Kontinjen Johor memperolehi 19 pingat emas dan
pada tahun 2008,semasa SUKMA di Terengganu, Johor mencatat 27 pingat emas (tempat ke-9).
Faktor kutipan emas di dalam SUKMA tidak bergantung kepada jumlah penduduk,tetapi berkait rapat dengan usaha mencungkil bakat-bakat baru dan membina keupayaan mereka dengan memberi latihan  serta pendedahan.

Untuk tujuan meningkatkan kecemerlangan atlet negeri Johor,Majlis Sukan Negeri Johor akan mengadaka satu Bengkel Percambahan Fikiran dalam masa terdekat ini melibatkan pakar-pakar sukan di dalam negara,persatuan serta penggerak sukan dalam Negeri Johor,agensi Kerajaan yang berkaitan,syarikat-syarikat korprrat serta individu-individu yang berminat.

SOALAN A164:

Pegawai Pendaftar Pemilih Sementara Suruhanjaya Pilihanraya daripada Pakatan rakyat mengadu borang mendaftar pengundi baru selalu kehabisan sedangkan pengundi Negeri Johor yang belum mendaftar melebihi 600,00 orang.Mengapa ini berlaku?

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR:

SPR telah melantik seamai 153 orang Penolong Pendaftar (Sementara) dari kalangan Parti politik di seluruh negeri Johor.Pelantikan telah dibuat mulai 30 April 2009 dan akan tamat pada Disember 2010.Sepanjang tempoh perlantikan sehingga kini jumlah borang A yang dibekalkan adalah sebanyak 68,300 manakala borang A yang telah dikembalikan untuk proses semakan dan pendaftaran kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri hanya sebanyak 36,691 sahaja.Baki borang A yang masih ada di tangan semua Penolong Pendaftar (Sementara) yang telah dilantik adalah sebanyak 23,609.

Untuk makluman,Pejabat ini memberikan tambahan borang A kepada Penolong Pendaftar (Sementara) berdasarkan borang a yang dikembalikan oleh mereka ke Pejabat ini.Borang A juga akan dikeluarkan kepada penolong pendaftar melebihi yang sepatutnya atas sebab Penolong Pendaftar (Sementara) ada menganjurkan program-program khas Pendaftaran Pemilih.

Pejabat ini ingin menegaskan bahawa pengeluaran borang A tidak pernah disekat,hal ini boleh dilihat daripada jumlah baki boran A yang masih ada di tangan Penolong Pendaftar (Sementara) dan masih belum digunakan.

SOALAN A165:

Masalah pungutan sampah tidak pernah selesai di kawasan PBT.Dalam kawasan Majlis Perbandaran Muar contohnya sampah berlonggok di tepi jalan,di simpang jalan,di gantong di pokok Premis tidak mempunyai tong sampah  atau tong tidak sesuai.Apakah tindakan PBT ?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI  AHMAD ZAHRI BIN JAMIL:

Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memberi perhatian yang serius terhadap isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan melaksanakan penguatkuasaan mengilut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Akta 672 memperuntukkan bahawa semua pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal,pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan pembersihan awam hendaklah mendapatkan lesen sebelum perkhidmatan dapat diberikan.Akta ini juga menghendaki semua pembinaan atau pengubahan dan penutupan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara terlebih dahulu.

Bersambung...............

SOALAN A53 OLEH Y.B. DR. BOO CHENG HAU (SKUDAI):

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha membaikpulih pengurusan dan pembangunan kolam renang Muar?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHARI BIN JAMIL:

Kolam Renang Muar mula beroperasi pada Tahun 1977., dengan kos pembinaannya berjumlah rm1.5 juta. Pengurusan kolam tersebut dilaksanakan oleh Majlis Daerah muar Selatan (MDMS) ketika itu dan kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebelum disewakan kepad syarikat swasta mulai Tahun 1988 hingga 1993.Pengurusan Kolam renang tersebut diambil alih semula oleh MDMS sebelum ditutup pada Tahun 1998 kerana kos penyelengaraan yang sangat tinggi.

MPM telah mempelawa syarikat-syarikat atau individu  yang bermiant untuk menguruskan atau membangunkan kolam renang secara usahasama tetapi hingga kini tiada pihak yang berminat.

MPM tiada peruntukan untk membaikpulih atau membangunkan semula kolam renang tersebut yang kini keadaan fizikalnya yang uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki.Kos untuk membangun semula     kolam tersebut dianggarkan menelan bwlanja sebanyak RM2 juta.

Walau bagaimanapun  Jabatan Belia dan Sukan Negeri johor Cawangan Muar telah mengemukakan permohonan peruntukan daripada Kementerrian Belai dan Sukan (KBS) bagi membangun semula kolam renang tersebut dalam Raancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).






0