SUMBANGAN FAKIR MISKIN DI CAWANGAN PAS BANDAR A,DUN MAHARANI


Cawangan PAS Bandar 'A'  Parit Kadi Muar diketuai oleh Tuan Haji Selamat Othman.Beliau dan ahli-ahli jawatankuasanya aktif membuat kerja-kerja kebajikan dan membantu masyarakat di sekelilingnya.Surau di kawasan ini juga aktif dengan majlis ilmu.

Satu lagi program kebajikan telah dijalankan oleh cawangan ini.Cawangan ini meliputi Parit Kadi,Parit Perupuk,Jalan Tunku Bendahara,Kg Dato Bentara Luar,Kg Dato Sri Amar,Jalan Sultan Ibrahim,Jalan Haji Yunos,Taman Guru,Lorong Cik Mat dan Jalan Abdul Rahman.

Majlis hari itu dimulakan di Surau Parit Kadi.YB Dr Mohammad Taslim mewakili Ketua Cawangan PAS Bandar 'A'  menyampaikan sumbangan untuk surau tersebut kepada Tuan Imam Ustaz Haji Salam Damio. Selepas itu YB Dr Mohammad dengan diiringi oleh Tuan Haji Selamat dan ahli-ahli jawatankuasa PAS cawangan ,DUN Maharani dan MTD Maharani melawat rumah ke rumah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Aktiviti ini patut dicontohi oleh Cawangan-Cawangan lain.

Senarai penerima sumbangan

Ucapan alu-aluan oleh YB Dr Mohammad di Surau Pt Kadi.
Dua dari kanan ialah Tuan Imam Ustaz Salam

Penerima pertama Sdr Lokman.Tuan Haji Selamat di sebelah kiri

Nenek  turut menerima sumbangan

Kunjungan ke rumah

Sdr ini penerima bantuan rumah PPRT

Dokan Mak Cik ini cepat sembuh.Beliau menjalani dialisis 3 kali semingu
 
Hajah ini menjalani rawatan buah pinggang (Peritoneal Dialysis ) di rumah 

En Mat menghidap sakit kencing manis.Sumbangan ikhlas daripada kami.
YB Dr Mohammad,Tuan Hj Selamat dan isteri En Mat kelihatan bersama.


0