CERAMAH PERDANA BERSAMA YB SALEHUDDIN AYOB DI DUN MAHARANI


Pada hari Rabu 30 Mac 2010 yang lalu PAS Kawasan Muar telah mengadakan majlis Ceramah Perdana di Kg Parit Pinang Seribu Darat  Jalan Temenggong Ahmad Muar. YB Salehuddin Ayob,Naib Presiden PAS Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu Kelantan menjadi penceramah utama dengan disertai oleh YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan).Kehadiran penduduk tempatan cukup memberangsangkan.

Majlis dipengerusikan oleh Sdr Abu Bakar Ismail,Pengarah MTD Maharani.YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat,YDP PAS Kawasan Muar,  memberi ucapan alu-aluan.


YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) selaku tuan rumah memulakan ucapan menyentuh perkembangan di negeri Johor sejak Pakatan Rakyat berjaya menembusi kubu UMNO-BN dengan memenangi 6 kerusi Dewan Negeri dan satu kerusi Parlimen.
Isu Johor Corporation yang menerbitkan bon untuk menyelesaikan hutang sejumlah RM4.032 bilion di mana Kerajaan Negeri Johor menjadi penjaminnya sangat membimbangkan rakyat.Bon Siri lll yang akan matang pada 31 Julai 2012 adalah berjumlah RM3.58 bilion.JCorp terpaksa menjual aset-aset yang bernilai RM1.0 bilion dan mencari bank yang sanggup membiayai semula (refinance) sebanyak RM2.60 bilion.Negeri Johor boleh muflis jika pengurusan kewangan tidak diperbetulkan.Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat diberi peluang menerajui Negeri Johor.



Barisan Pemimpin Pakatan rakyat di pentas

Genggaman erat Pakatan Rakyat - YB Dr Mohammad bersama YB Gwee Tong Hiang

YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan,dalam ucapannya mempertikaikan keputusan MPM meluluskan pelan Bangunan UMNO Bakri di bandar Muar.Tanah Kerajaan yang dikurniakan kepada UMNO Bahagian Bakri telah dibangunkan oleh orang lain (bukan UMNO) menunjukkan ketidakupayaan UMNO berdikari.

YB Salehuddin di hadapan hadirin

YB Salehuddin memulakan ucapan dengan memetik pesanan Ibn Khaldun dalam kitabnya 'Al Muqaddimah' yang berbunyi "Kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemimpin akibatnya akan dideriai oleh umat manusia paling kurang 50 tahun".Beliau mengingatkan semua supaya jangan salah pilih pemimpin!
Beliau memberi penerangan lengkap tindakan beliau membawa usul isu royalty minyak Kelantan dalam Parlimen yang sedang bersidang sekarang - lengkap dengan fakta dan surat-surat yang dihantar oleh
Petronas kepada kerajaan negeri.Tidak ada istilah 3 batu nautika dalam perjanjian yang di tandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri.

Beliau juga menekankan tentang 4 perkara asas yang telah dipersetujui bersama oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat baru-baru ini: Kedudukan Islam,Kedudukan Raja-Raja Melayu,Kedudukan Bahasa Melayu dan Keistimewaan Bumiputra akan dipertahankan.Ini menyanggah fitnah BN yang mempertikaikan halatuju Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia jika diberi mandat oleh rakyat.

Malam itu rakyat kembali puas dan yakin dengan penerangan  pemimpin Pakatan rakyat.


Gambar ehsan daripada http://gweetonghiang.blogspot.com/






















0