PROGRAM KEBAJIKAN BERSAMA ADUN BENTAYAN DAN ADUN MAHARANI


Wednesday, April 14, 2010


身份 证被盗用惹官非,胃癌妇女盼延迟上庭

马哈拉尼区州议员莫哈末达斯林移交款项于郑佩玲. 后排右一为阳光计划主任辜亚发.
YB Dr Mohamad Taslim menyampaikan sedikit sumbangan

阳光计划移交营养食品与捐款于郑佩玲.
Sumbangan daripada YB Gwee (SUNSHINE PROJECT)
 
Ahli-ahli rombongan di rumah Puan Tay
郑佩玲的两位孩子正在享用午餐,左一位马哈拉尼区州议员莫哈末达斯林, 郑佩玲与文打烟区州议员魏宗贤. Maggie Mee,telur dan sayur,inilah juadah dua beradik ini untuk makan tengahari.

左一位马哈拉尼区州议员莫哈末达斯林, 郑佩玲与文打烟区州议员魏宗贤.
Puann Tay bersama YB Dr Mohammad dan YB Gwee

这些都是郑佩玲每日都须服用的药物
Inilah ubat-ubat yang mesti dimakan oleh Puan Tay

source: http://gweetonghiang.blogspot.com/


Pada petang hari Selasa 13 April 2010 yang lalu YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) bersama YB Gwee Tong Hiang dan rombongan masing-masing serta wartawan-wartawan akhbar Cina telah menziarahi seorang ibu tunggal beranak dua,Puan Tay Pei Ling, yang ditimpa musibah.

Ketika kami sampai di rumahnya anak-anaknya baru balik sekolah.Makanan yang dihidangkan oleh ibunya hanyalah Maggie mee dengan sedikit telur dan sayur.Inilah hidangan yang mereka mampu dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa orang penderma.

Puan Tay Pei Ling tinggal bersama ibunya yang sudah tua dan dua orang anak (dalam Tahun 3 dan 5 SJKC)  di No.49-H,Lorong Sepakat,Jalan Khalidi Muar.Beliau menghidap penyakit saraf dan baru-baru ini disahkan pula menghidap penyakit Stomach Cancer dan dijangka akan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 24 April 2010 ini.Beliau didaftarkan sebagai OKU dan mendapat bantuan RM200.00 sahaja sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Beliau memerlukan bantuan untuk pembedahan dan pemakanan khas selepas pembedahan nanti.Beliau mengharap pihak Kebajikan HPSF Muar akan membantu beliau melunaskan bil hospital nanti.

Jika anda ingin membantu Puan Tay bolehlah hubungi beliau di alamat di atas atau   telefon 069510886.

Berita di atas disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau,Sin Chew Daily,China Press dan Oriental Daily News hari ini,14 April 2010.





0