GOTONG ROYONG PERDANA DUN MAHARANI 2010


Sempena 2 tahun PAS  diberi amanah oleh rakyat dengan diberi kemenangan di DUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani bersama-sama AJK PAS Kawasan Muar,AJK DUN Maharani dan PAS Cawangan Bandar 'A' telah turun padang mengadakan Program Gotong Royong Perdana bersama penduduk Jalan Haji Yunus dan Lorong Che Mat,Jalan Temenggong Ahmad,Muar.
Hari minggu 7 Mac 2010 dimenafaatkan dengan Program tersebut.Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 12.30 petang.


Majlis Perbandaran Muar telah bekerjasama membersihkan kawasan tersebut sehari sebelum Program tersebut.Esoknya hari Ahad penduduk dan ahli-ahli PAS bersama-sama kakitangan Southern Waste Management membersihkan parit dan kawasan sekitarnya.

PAS Cawangan Bandar 'A' diketuai oleh Tuan Hj Selamat Othman.YDP PAS Kawasan Muar,Ustaz Abu Bakar Lajat, turut bertungkus lumus membantu masyarakat setempat.Terima kasih MPM,SWM,ahli-ahli PAS dan penduduk setempat.Terima kasih juga kepada Tn Hj Selamat yang menyediakan jamuan pada hari tersebut.

Di Warong Pak Mail Jalan Hj Yunus tempat kami berkumpul dan 
mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan di sebelah petang

Tuan Hj  Selamat Othman,Ketua PAS Cawangan Bandar 'A'
bersedia memulakan tugas di hadapan Jalan Hj Yunos

YB Dr Mohammad menunjukkan parit yang dipenuhi rumput dan sampah
YB bersama Sdr Zamzuri daripada Unit Amal bersama anak-anak
yang turut bergotong royong

Tn Hj Selamat dan penduduk tempatan bergotong royong

Sdr Abdul Razak mengambil alih tugas MPM nampaknya....

YDP PAS Kawasan Muar,Ustaz Abu Bakar memberi arahan kepada
petugas SWM

Kerja beres.....Tn Hj Selamat,Cikgu A Rahman Yanti dan Sdr Zamzuri
membantu pekerja SWM

Pada sebelah petang dari jam 5.00 hingga 6.30 petang YB Dr Mohammad seperti biasa mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Warong Pak Mail di Jalan Hj Yunos Muar.Lebih 20 orang menerima rawatan,pemeriksaan kesihatan,darah tinggi dan kencing manis.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami akan teruskan dengan pelbagai aktiviti masyarakat di tempat lain pula.






0