SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SK PARIT BAKAR TENGAH MUAR


YB Dr Mohammad Taslim ,ADUN Maharani, telah dijemput bersama-sama menyambut Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah,Muar hari ini,2 April 2010.Beliau bersama pengiringnya Sdr Mohd Rozi Md Nor,Pengerusi Lajnah Kebajikan DUN dan Kawasan Muar telah disambut oleh Guru Penolong Kanan 1,Cikgu Ali Long, dan Pengerusi PIBG Ustaz Hamzah serta guru-guru SKPBT.Suasana meriah pagi tersebut dimulakan dengan perarakan murid-murid dan guru-guru sambil berselawat.
Majlis diteruskan di Dewan sekolah dengan sambutan kompang,bacaan ayat-ayat suci al Quran,berzanji,nasyid dan tahlil.Ceramah maulid disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam.

Selepas jamuan YB Dr Mohammad mohon diri kerana pergi melawat kematian seorang penduduk di Parit Besar Jalan Temenggong Ahmad Muar.



Sumber : skpbt.myportal.my










0