LAWATAN YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KE MUAR


BERITA INI BELUM DITERBITKAN SEBELUM INI KERANA KESILAPAN TEKNIK.
HARAP MAAF.


Program Lawatan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Negeri Johor anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah bermula pada hari Jumaat 14 Ogos 2009 yang lalu.PAS Kawasan Muar telah dipilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama PAS Kawasan Bakri,Pagoh dan Ledang.Acara lawatan Tuan Guru dimulakan dengan Majlis Dialog Bersama Rakyat di Muar Traders Hotel (dahulunya Bangunan UMNO Muar-Pagoh).

Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz memulakan Dialog
  Dialog bersama Tuan Guru.Dari kiri: Sdr Aminol Huda (TPJ PAS),Dato' Mahfoz (PJ PAS)
Tuan Guru, YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong) dan YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)

 Tuan Guru menjawab soalan, diperhatikan oleh Sdr Aminol Huda (TPJ PAS Johor)

YB Dr Sheikh Ibrahim menyampaikan cenderamata kepada YAB Tuan Guru
 

Majlis Dialog Bersama Rakyat telah diadakan di Muar Traders Hotel pada petang hari tersebut.Sambutan sungguh hebat daripada masyarakat Tionghua dan India khususnya sehingga tamat majlis pada jam 7.00 malam.Majlis dialog dipengerusikan oleh YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh ADUN Sg Abong.Pelancaran Tabung Dana Dewan PAS Kawasan Bakri turut disempurnakan oleh Tuan Guru.

 Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad),Dr Asiah (Allahyarham -isteri Sdr Aminol Huda TPJ PAS)
dan Datin Norani (isteri Dato' Mahfoz PJ PAS) dan sahabat tekun mendengar dialog

Muslimat tidak ketinggalan...

 Hadirin lelaki dan muslimin

Salam perpaduan Tuan Guru dan YB Er (Ahli Parlimen Bakri)
 
Anak bertuah (cucu Hj A Rahman Lajim) ditahnik oleh Tuan Guru

Ceramah Pakatan Rakyat berlangsung di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar di Parit Pechah Muar pada sebelah malam.Tuan Guru berceramah lebih satu jam dengan penuh semangat ketika memnyampaikan ilmu politiknya.Turut berucap ialah YB Dr Mohammad Taslim sebagai Pengarah Program,YBhg Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Malaysia dan YB Dr Boo Cheng Hau Pengerusi DAP Johor.Sdr Mazlan Aliman,Ketua Penerangan PAS Johor mempengerusikan majlis ceramah tersebut. Hampir 10,000 orang dari semua bangsa membanjiri majlis tersebut.
 Malam itu Tuan Guru dan rombongannya bermalam di Muar Traders Hotel.

 Ceramah Tuan Guru di Pusat Tarbiyah Parit Pechah Muar

 Tuan Guru di pentas bersama pemimpin Pakatan Rakyat

Pada pagi Sabtu 15 Ogos 2010 Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan rombongan serta kepimpinan PAS dan sahabat-sahabat singgah sebentar bersarapan pagi di rumah YB Dr Mohammad Taslim di Taman Bunga Raya Muar.Gambar-gambar dibawah ini dirakamkan oleh Sdr Hamidun Omar.

Tuan Guru bersarapan Bijirin Radix
 
 
Doa Tuan Guru

 
Salaman membawa berkat
  
 
  YB Dr Mohammad melayan tetamu istimewa hari ini

Kunjungan Tuan Guru memberi rahmat kepada Dr Mohammad,isteri dan keluarga
Kelihatan Tuan Guru memakai baju bersulam Mursyidul Am dan Kawasan Bakri
sempena pelancaran Dana Dewan PAS Bakri


Muslimat tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan bersama Tuan Guru


YB Dr Mohammad bersama isteri dan sahabat-sahabat bergambar kenangan 






Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad) : Alhamdulillah hajat tercapai....


Muslimat juga idak ketinggalan bergambar bersama pemimpin


Sdr Hamidun Omar (belakang kiri) selalu jadi fotografer,hari ini berpeluang bergambar 
dengan Tuan Guru


Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar)  dan YB Dr Mohammad tidak ketinggalan
bergambar dengan Tuan Guru


Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Malaysia) kelihatan di kanan
sebelah Dato' Mahfoz (PJ PAS Johor)


Catitan untuk Buku |Pelawat  YB
 
Selamat Jalan Tuan Guru
 
Selepas sarapan Tuan Guru bertolak ke Dewan Bustanul Ariffin di Semerah Batu Pahat untuk merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

 Tuan Guru  bersama Dato' Mahfoz (PJ)  dan Timbalannya Sdr Aminol Huda
di atas pentas Dewan.Sdr Aminuddin Ayub sedang mengalu-alukan hadirin

Selepas perasmian Tuan Guru bertolak ke Singapura pula untuk satu lagi urusan rasmi.

Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada Tuan Guru untuk terus berdakwah menyampaikan Islam.Amin.










0