BERBAKTI DI SEKOLAH AGAMA BERSAMA ADUN MAHARANI


Selepas solat Jumaat 2 April 2010 yang lalu,YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,dengan diiringi oleh Sdr Rozi Mohd Nor,Pengerusi Lajnah Kebajikan DUN Maharani dan PAS Kawasan Muar dan Sdr Hamidun Omar,Pegawai Tadbir Pejabat DUN Maharani,telah melawat Sekolah Agama Parit Bakar Darat,Muar untuk menyampaikan sumbangan sejadah untuk kegunaan pelajar di sekolah tersebut.Kehadiran kami disambut mesra oleh Guru Besarnya,Ustaz Kamal Mohd Said.

Kami masih mengalu-alukan mereka yang berhajat untuk menghadiahkan sejadah untuk kegunaan pelajar-pelajar  sekolah ini.Hubungi kami di Pejabat DUN Maharani di Pekaan Parit Bakar,Muar.

Sekolah Agama Pt Bakar Darat ini sedang menumpang di bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat kerana bangunan baru Sekolah Kebangsaan sedang dalam pembinaan.Ini adalah di antara Sekolah Agama Kerajaan Johor yang masih menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan.Mereka mempunyai tapak wakaf di Jalan Sri Tanjung dan sedang menunggu giliran pembinaan Sekolah Agama baru yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Johor.

YB Dr Mohammad sedang menyampaikan sejadah kepada Tuan Guru Besan,
Ustaz Kamal Md Said.disebelah kanan ialah Sdr Rozi.

Masa untuk YB merekodkan kehadiran dalam buku tetamu



0