SUKAN RAKYAT DUN MAHARANI - 2010


        Pada hari Ahad 21 Mac 2010  Lajnah Kemasyarakat, Sukan dan Rekerasi DUN Maharani telah mengadakan Sukan Rakyat bertempat di PASTI At-Taqwa, Pt. Amal, Jalan Jonid, Muar. Program ini adalah di antara program  sambutan sempena 2 Tahun PAS diberi amanah di DUN Maharani.Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Muar Ustaz Abu Bakar Lajat dan wakil-wakil YB Er Teck Hwa Ahli Parlimen Bakri.

        Pelbagai acara telah diadakan imeliputi semua lapisan masyarakat.Explorace untuk remaja berumur 12thn - 17 tahun  (dengan aktiviti menjala ikan, kopek kelapa, membuat batas keledek, meraut daun kelapa dan mengumpul siput sedut)  berjaya menarik 9  kumpulan  mengandungi 36 orang remaja.Pertandingan memasak mee goreng untuk kaum bapa disertai oleh 8 orang peserta yang handal-handal belaka. Pertandingan gubahan untuk ibu-ibu/muslimat berjaya mencungkil bakat terpendam muslimat. Sukaneka kanak-kanak berumur  3thn - 11tahun mengembirakan mereka dan ibubapa.  Pertandingan memadam api  untuk Pengerusi PASTI DUN Maharani dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar menarik perhatian. Pertandingan untuk peringkat dewasa juga disediakan dengan hadiah-hadiah lumayan.Hadiah Cabutan Bertuah untuk pengunjung juga disediakan

       Bagi memeriahkan lagi sukan ini, pihak penganjur telah  mendapat kerjasama daripada  pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Muar untuk memberikan penerangan dan demontrasi memadam api dan mengadili pertandingan memadam api. Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA oleh 4 orang doktor dan Pameran Palestin oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) mendapat sambutan hebat.
       YB Dr. Mohammad Taslim  mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan ini.Sekalung tahniah kepada Pengarah Program,Sdr Abdul Razak Sulaiman dan ahli-ahli Jawatankuasanya  serta Guru-Guru PASTI Muar  yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Beliau berkata " Sukan Rakyat adalah satu aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan samada fizikal dan mental. Melalui temasya Sukan Rakyat semangat kesukanan dan kesetiakawan masyarakat dapat dipupuk demi kesejahteraan rakyatSukan ini juga mewujudkan suasana keceriaan dan kemesraan yang melambangkan satu perpaduan dengan tidak mengira kaum, agama dan bangsa.Kemanfaatan dan sumbangan Sukan kepada individu, kemasyarakatan dan belia sangat banyak. Antaranya ianya dapat membendung gejala sosial, pengunaan masa lapang yang berguna dan pelbagai lagi".

Selamat Datang ke Program Sukan Rakyat DUN Maharani
YB Dr Mohammad bersedia merasmikan majlis dengan diapit
oleh Ustaz Abu Bakar (YDP PAS Muar dan Sdr Abdul Razak (Pengarah Program)
   Tuan Rumah bersama tetamu
Ucapan perasmian oleh YB Dr Mohammad

Peserta Explorace  mendengar taklimat daripada Sdr Rahmat Ismail
YB Dr Mohammad bersama Ustaz Abu Bakar,Sdr Abu Bakar Ismail 
(Pengarah MTDMaharani) dan Sdr Abdul Razal
 
Eh,YB pun masuk Explorace?
Wah, Nisa' pun masuk Explorace.Handal...tak menang
tapi mengalahkan sebahagian pemuda!
Tunggang berhati-hati dik!
Explorace: menjala.Dapat apa Dik?
Petani muda dengan Program Bumi Hijau?
Buat lidi penyapu..boleh jual tuu...
Cari apa tu Dik? Siput?

Wartawan Harakah,Sdr Salman sedang diuji...
muka manis je,bukan kencing manis!
Doktor bersama Doktor.Terima kasih Doktor...
Emak periksa Doktor,anak pulak menangis....

Pamiran Palestin oleh JIM
Tekun menggubah
YB Dr Mohammad dengan peserta Pertandingan Memasak

Chef dengan aksinya.....

Acara Bowling Padang. Kenderaan Bomba dan Penyelamat kelihatan di belakang
 
 Ustaz Abu Bakar  bergaya memadam api...
 
Tetapi pemenangnya... Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani)
 
Ustaz Abu Bakar Lajat meraikan Pegawai-Pegawai Bomba Muar

Kanak-kanak dengan acara bolanya

Pengadil masakan,Puan Rubiah dan Abang Berahim,sedang mencuba masakan.
Hmmm.......ini yang menang!

 Puan Rubiah menyampaikan hadiah

Hadiah untuk Sdr Fuad,pemenang memasak mee


Ustaz Abu Bakar menyampaikan cenderamata kepada Pegawai Bomba

                                                                





0