PERINGATAN HARI POLIS KE- 203 DI MUAR


Majlis Pringatan Hari Polis Ke-203 di Muar tahun ini di sambut di Dataran Tempat Letak Kenderaan Dewan Jubli Intan Muar pada pagi Khamis 25 Mac 2010.ADUN-ADUN  Pakatan Rakyat, YB Dr Mohammad Taslim (Maharani), YB Gwee Tong Hiang (Bentayan) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong) turut hadir.YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) diwakili oleh PAnya.ADUN Bukit Naning,ADUN Bukit Serampang turut hadir.Diantara tetamu kehormat ialah Tuan Pegwai Daerah Muar dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar.

Acara pagi tersebut  diserikan dengan upacara pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Polis Daerah Muar,ACP Tuan Mohd Nasir Ramli yang kemudian membaca perutusan Ketua Polis Negara.

Persembahan oleh perbarisan oleh Kadet Polis Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar ,persembahan Polis Wanita,Polis Trafik dan LSF cukup menarik perhatian.

Anugerah Cemerlang  Kakitangan Polis dan wartawan disampaikan oleh Tuan Ketua Polis Daerah.

SELAMAT BERTUGAS DENGAN TEGAS,ADIL DAN BERHEMAH KEPADA SELURUH ANGGOTA POLIS DIRAJA M,ALAYSIA


SELAMAT HARI POLIS


Jam 8.30 pagi: Tetamu sedang mendengar amanat KPN yang dibacakan oleh 
Tuan Ketua Polis Daerah Muar.
Supt Tuan Lee Choon Guan,Tuan Pegawai Daerah Muar Tuan Hj Mislan Karmani 
dan YDP MPM Tuan Hj  Abdul wahab Ridwan di baris hadapan 
sementaraADUN_ADUN  Pakatan Rakyat dan BN di belakangnya.


Selepas jam 10.00 pagi :Tuan Ketua Polis Daerh Muar dan Timbalannya di barisan hadapan
sementara ADUN-ADUN Pakatan Rakyat (dari kiri YB Gwee,YB Dr  Mohammad dan 
YB Dr Sheikh Ibrahim)masih setia ditempat duduk mereka.
Tetamu lain khabarnya ada mesyuarat persediaan menyambut Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan
di Dataran Tanjung Emas pada 27 Mac.
Tiada jemputan untuk ADUN Pakatan Rakyat nampaknya....


YB Dr Sheikh ibrahim,YB Dr Mohammad Taslim,YB Gwee an Tuan Hj Nordin 
menjamu selera selepas majlis tamat.



LSF Polis  melepaskan bom aspa berwarna warni kepada ' penunjuk perasaan'


 Source:  gambar-gambar ehsan daripada:  http://gweetonghiang.blogspot.com/




0