SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DAN JAWAPANNYA DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 16 MAC 2010



SOALAN B 35:

Sila nyatakan senarai nama-nama syarikat yang telah diberikan  lesen/permit untuk mengeluarkan dan menjual pasir serta lokasi perlombongan pasir dilakuka dan tempoh lesen/permit dikeluarkan?

JAWAPAN:

Di seluruh Negeri Johor terdapat 130 kawasan yang telah diluluskan bagi tujuan pengeluaran pasir iaitu bagi tanah kerajaan diluluskan secara Lesen Pendudukan Sementara/Permit 4C dan bagi tanah berhak milik diluluskan secara Permit 4C.

Keduduka kawasan-kawasan yang pengeluaran pasir adalah di

daerah Johor Bahru  : 11 kawasan,
daerah Batu Pahat    :  7 kawasan,
daerah Muar            :  5 kawasan,
daerah Segamat        : 19 kawasan,
daerah Kluang          :  5 kawasan,
daerah Kota Tinggi   : 37 kawasan,
daerah Mersing         :  6 kawasan,
daerah Kulaijaya       :  2 kawasan,
daerah Pontian          :  2 kawasan,
daerah kluang           : 23 kawasan,
daerah Kecil Labis    :   6 kawasan dan
daerah Kecil Pengerang : 7 kawasan.

Senarai lengkap nama-nama syarikat,lokasi pengeluaran pasir dan juga tempoh lesen/permit dikeluarkan sebagaimana  dilampirkan.

SOALAN B 36:

Mengikut MoU usahasama antara Kerajaan Negeri denga Dialog Group Berhad (DGB) bagi membina Terminal Petroleum Laut Dalam di Pengerang melibatka pelaburan RM3.5 bilion.Kerajaan menyediakan  500 ekar tanah dan DGB diberikan hak untuk mencari rakan kongsi.apakah justifikasi kerajaan memberikan DGB memegang 90% ekuiti dalam projek tersebut?

JAWAPAN: 

Bedasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 8 Jun 2009 antara Kerajaan negeri,Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor dan Dialog Group Berhad.,cadangan projek ini melibatkan pembangunan Fasa 1 yang melibatkan tanah seluas 150 ekar sahaja.Pembangunan projek tertakluk kepada kerja-kerja due diligence yang akan dilaksanakan berkaitan kajian Detailed Feasibility Study (DFS) dan kajian Detailed Envirinmental Impact Assessment ( DEIA) ,sebelum boleh diimplementasikan.

Pegangan 10% ekuiti oleh kerajaan dalam Special Purpose Vehicle (SPV) adalah untuk mengerakkan projek ini dan ianya berdasarkan tanah laut yang tidak ditebus guna untuk pembangunan Fasa 1 sahaja.Semua kos yang terlibat bagi membuat Kajain DFS dan DEIA  yang disyaratkan dalam MoU ditanggung oleh DGB (50%) dan Vopak Group (50%).Sehinnag kini kos yang telah dibelanjakan untuk penyediaan kajian berkenaan adalah sebanyak RM4.0 juta dan segala risiko ditanggung oleh DGB dan Vopak,tanpa dibebankan kepada Kerajaan Negeri.

Sekiranya projek pembangunan terminal petroleum laut dalam ini boleh diimplementasikan maka satu draf perjanjian akan disdiakan, yang mana Kerajaan Negeri boleh berunding dengan pihak DGB dan Vopak bagi mendapatkan pulangan yang maksima.


SOALAN B 37:

Berapakah harga Menara Pejabat Plaza Kotaraya dan tapak lama CIQ di Stulang yang telah dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB).Sila nyatakan  aset-aset lain milik kerajaan atau JCorp yang telah dibeli oleh IIB dan berapakah harganya?


JAWAPAN:

Johor Corporation telah menandatangani satu perjanjian jual beli pad 12 Disember 2009 untuk menjual Menara Pejabat Kotaraya dengan harga RM27.0 juta kepada Iskandar investment berhad.

Penjualan tersebut adalah merangkumi bangunan peabat menara dari tingkat 7 hingga tingkat 14 dengan keluasan keseluruhan berjumlah 75,713 kaki persegi dan 100 buah petak letak kenderaan yang terletak di tingkat 4 dan 6.Dengan demikian ia tidak melibatkan kompleks membeli belah Plaza Kotaraya.

SOALAN B 38:

Guru KAFA diberikan elaun tambahan dalam Bajet Negeri Johor 2010,tetapi kenapa Jabatan Agama Johor dalam suratnya Bil.(3) PPAJ/06/02/07(32) bertarikh 17 Februari 2010 mengarahkan guru KAFA yang mengambil cuti bersalin sejak 2007 dan menerima elaun 2 bulan perlu membayar kembali elaun sepanjang tempoh cuti tersebut?


JAWAPAN:

Jawatan guru KAFA  adalah bertaraf Sambilan.Dengan ini tidak layak mendapat elaun penuh cuti brsalin,berbeza dengan tetap dan kontrak.Sebagaimana dalam borang Perjanjian Pelantikan Guru KAFA yang dikeluarkan oleh JAKIM,Guru KAFA hanya layak mendapat cuti sakit sebanyak 15 hari sahaja.

Mengikut Minit Mesyuarat Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor pada 22 Disember 2005, Jabatan telah bersetuju memberi elaun cuti bersalin bergaji penuh.Tetapi keputusan mesyuarat tersebut tidak di terima oeh Jawatankuasa Audit Negeri kerana bukan keputusan Jawatankuasa Pelaksana Negeri serta tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Perintah Am.

Walau bagaimanapun, Jabatan telah mengambil usaha supaya dikecualikan daripada pembayaran balik elaun tersebut dari 2006 hingga 2009 dan diberi kelulusan supaya elaun penuh cuti bersalin dibayar kepada guru-guru KAFA.

SOALAN B 39:

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,terdapat 200 kilang haram dalam daerah Muar akan diambil tindakan 'pemutihan' dan cukai dipungut.Apakah tindakan yamg telah diambil untuk menambah hasil MPM?


JAWAPAN:  

Hasil bancian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati sejumlah 711 industri terletak di atas '
Zoning Industry' di Negeri Johor.Berdasarkan jumlah tersebut, kerajaan akan mengkaji tindakan-tindakan yang perlu diambil terhadap perkara ini.

Terdapat tiga kaesah yang boleh diambil iaitu:

1.  Tindakan penyelarasan             -   industri yang boleh dibenarkan dengan syarat
2.  Perpindahan                            -   cadangan memindahkan industri
3.  Penyusunan semula                  -   mengubah semula 'zoning' yang terdapat
                                                       dalam rancangan tempatan kepada akyiviti
                                                       berkaitan industri.

Bagi daerah Muar (termasuk daerah Ledang) terdapat sebanyak 162 industri dan majoriti industri yang terlibat merupakan industri dalam kategori pertanian (84 unit), perumahan (69 unit) serta perdagangan (9 unit).

Bagi menangani masalah di Muar, kerajaan telah mengarahkan agar rancangan tempatan dipinda dengan mengambil kira pemutihan industir-industri tersebut.Penentuan zoning ini adalah perlu berdasarkan beberapa faktor seperti lokasi yang sesuai,kesediaan dan kemudahan infrastruktur,utiliti dan seranta.

Kajian ini masih dalam peringkat perbincangan teknikal dan dijangkakan masalah industri luar Zoning ini akan diselesaikan secepat mungkin.

Melalui pindaan Rancangan Tempatan in, Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan dapat meningkatkan hasil pendapatannya dengan mengenakan kadar cukai taksiran berasaskan kegunaan tanah perindustrian dan bukan lagi pertanian,perumahan atau perdagangan yang kadarnya jauh lebih rendah.





0