SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PASTI AR RAHMAH - BADAN KEBAJIKAN TAMAN SRI TEMENGGONG,MUAR


Hari ini,Ahad 28 Mac 2010 jam 8.00 pagi, satu lagi sejarah tercatit bagi penduduk Taman Sri Temenggong,Muar dan pelajar-pelajar PASTI Ar Rahmah, Taman Sri Temenggong, Muar.Ukhuwah di antara Pengurusan PASTI Ar Rahmah dan Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3 terserlah dengan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H bersama untuk tahun kedua berturut-turut.Kerjasama yang terjalin sejak 5 tahun yang lalu dengan lahirnya PASTI Ar Rahmah di Taman ini dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti bersepadu di Taman dan di PASTI.

Sdr Rahmat Ismail selaku Pengurus PASTI Ar Rahmah  di dalam ucapan alu-aluannya menerangkan tentang fungsi dan kejayaan PASTI Ar Rahmah sejak 5 tahun yang lalu.Beliau menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa di Taman ini dan sekitarnya yang memberi sambutan hebat sejak tertubuhnya PASTI ini sehingga bangunan PASTI tidak dapat menampung bilangan pelajar yang sentiasa bertambah.Bangunan PASTI ini di imarahkan dengan aktiviti bacaan Yasin bulanan,kuliah,solat terawikh dan aktiviti pelajar PASTI bersama penduduk setempat.Aktiviti sukan juga diadakan di padang bersebelahan PASTI.


YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN di kawasan ini mengucapkan tahniah di atas sokongan dan kerjasama penduduk setempat dalam mengadakan majlis seperti ini yang patut dicontohi oleh Taman-Taman lain.Beliau bersedia memberi  kerjasam sepenuhnya untuk menjadikan Taman ini selamat,selesa didiami dan isyaAllah diberkati Allah.Beliau difahamkan bahawa sebuah tapak untuk surau telah diluluskan oleh Pejabat Tanah.Beliau menyeru agar usaha disegerakan supaya surau ini dapat segera disempurnakan pembinaannya untuk manafaat semua penduduk.

Pendakwah terkenal yang diundang khas dari Segamat,Al Fadhil Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al Hafiz mencurahkan ilmu beliau lebih satu jam dengan hujah Al Quran dan Hadith.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar PASTI Ar Rahmah dengan bimbingan guru-guru yang diketuai oleh Cikgu Sazlina Abdul Rahman.

Akhirnya jamuan nasi beriani diedarkan dengan se ekor kambing sumbangan seorang penduduk Taman,setelah semalam suntuk mereka bergotong royong menyediakan hidangan.Semangat gotong royong yang semakin pupus tetapi mampu diamalkan oleh ahli-ahli Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3,Muar yang diPengerusikan  oleh Sdr Huzir Abd Hamid.

TAHNIAH KEPADA SEMUA.MOGA ALLAH BERKATI ANDA SEMUA.

 
Sdr Rahmat Ismail,Pengurus PASTI Ar Rahmah membuka majlis.
Beliau juga Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3
 
 
 Ustaz Iskandar,Pengacara majlis mengalu-alukan hadirin

 
Sdr Ismail,pemimpin perarakan khusyuk berdoa
 
 
Perarakan Maulidur Rasul bermula...
 
 
 Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431

 
 Himpunan Muslimin Taman Sri Temenggong
  
 
Hjh Rubiah Raffee (dua dari kiri),isteri YB Dr Mohammad,bersama muslimat

 
 Muslimat juga pencinta Rasulullah....sama berarak mengelilingi Taman

 
 YB Dr Mohammad  bersama Penceramah Ustaz Rozali dan Sdr Rahmat

 
Pelajar PASTI Ar Rahmah memulakan persembahan
 
Hadiah untuk Si Kecil Penasyid
 
 
Giliran YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani berucap

 
 Penceramah Undangan,Ustaz Mohd Rozali Jamil Al Hafiz

 
Inilah PASTI Ar Rahmah,Taman Sri tTmenggong,Muar 
 






0