SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DAN JAWAPANNYA DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 16 MAC 2010



SOALAN 24 (A 79)

Nyatakan jumlah tanah dan bangunan wakaf kepunyaan Baitulmal dalam daerah Muar,hasil sewa yang dipungut dan tunggakan tahun 2008 dan 2009.

JAWAPAN Y.B. DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pihak Baitumal Majlis Agama Islam Negeri Johor memiliki sejumlah 108 tapak tanah di daerah Muar dan 8 unit bangunan kedai 4 tingkat.

Kesemua 8 unit kedai tersebut disewakan dengan kutipan sewaan dan tunggakan bagi tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:

Kutipan Tahun 2008      : RM119,450.00
Tunggakan Tahun 2008 : RM63,550.00
,
Kutipan Tahun 2009      : RM102,727.00
Tunggakan Tahun 2009 : RM95,950.00

Manakala kutipan sewa dan tunggakan bagi sewaan tanah Baitulmal di daerah Muar bagi tahun 2008 dan 2009 adalah:

Kutipan Tahun 2008      : RM8,000.00
Tunggakan Tahun 2008 : RM7,500.00

Kutipan Tahun 2009      : RM9,823.00
Tunggakan Tahun 2009 : RM11,823.00


SOALAN 67 (78)

Perjanjian Air di antara Johor dan Singapura yang ditandatangani pada 1961 akan tamat pada 2011 yang melibatkan beberapa loji air milik PUB.Apakah perancangan kerajaan hendak memastikan semua aset-aset air tidak terlepas seperti Pulau Batu Putih?

JAWAPAN Y.B. ENCIK TAN KOK HONG:

Kerajaan akan mengambilalih aset-aset di bawah perjanjianAir 1961 antara Kerajaan Johor dengan Singapura mengikut cara yang yang terbaik berdasarkan terma-terma perjanjian tersebut.


SOALAN  90 (A80)

Nyatakan kedudukan dan keluasan tanah kerajaan dalam Negeri Johor yang diceroboh dan apakah tindakan kerajaan menyelesaikan masalah ini.

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR JOHOR:

Seluuh Negeri Johor terdapat sejumlah 169 kawasan tanah kerajaan yang dicerboh melibatkan anggaran keluasan 11,137.866 hektar (27,522.268 ekar).Kedudukan tanah-tanh ceroboh tersebut sebagaimana di

Daerah Johor Bahru  - 43 kawasan   (    369.326 ha),
Daerah Muar            -  4  kawasan   (    141.639 ha),
Daerah Batu Pahat    - 27 kawasan  (  3,374.345 ha),
Darah Kota Tinggi     - 37 kawasan  (  3,770.832 ha),
Daerah Kluang          - 18 kawasan  (  1.638.632 ha), 
Daerah Segamat        -  1 kawasan   (        0.890 ha),
Daerah Mersing         -  6 kawasan  (     172.393 ha),
Daerah Pontian          - 7 kawasan   (     125.453 ha)
Daerah Ledang          - 11 kawasan  (    741.789 ha),
Daerah Kulaijaya       -  7 kawasan   (    344.006 ha),
Daerah Kecil Rengit   -  7 kawasan   (    430.233 ha) dan 
Daerah Kecil Labis     -  1 kawasan   (      28.328 ha).

Pentadbiran Tanah Johor sentiasa berusaha untuk menyegerakan penyelesaian terhadap tanah-tanah ceroboh tersebut terutama sekali bagi tanah ceroboh yang lama dan tanah ceroboh yang telah dijadikan sebagai kawasan penempatan atau kampung.Tanah-tanah ceroboh yang sesuai dikurniakan sebagaimana dasar yang ditetapkan oleh kerajaan akan dibuat pengukuran tanah bagi menentukan sempadan-sempadan tanah mengikut usaha dan seterusnya permohonan tersebut akan dibawa bagi pertimbangan kerajaan.


Bagi membantu Pentadbiran Tanah Johor, Kerajaan Johor juga telah menubuhkan satu pasukan 'Task Force' khusus untuk menyelesaikan permohon tanah Kampung Baru,permohonan tanah ceroboh dan juga permohonan tanah sambung pajakan. Buat masa ini pasukan 'Task Force' sedang menumpukan terhadap penyelesaian permohonan tanah kampung baru dan selepas itu akan menyelesaikan permohonan tanah ceroboh.


Bagi kawasan-kawasan pencerobohan baru,kerajaan telah memutuskan sebagaimana di dalam Mesyuarat Post Exco Bil. 3/2010 bertarikh 15 Januari 2010 telah mengarahkan supaya semua  Pentadbir-Pentadbir Tanah dan Penolong Tadbir Tanah Daerah Kecil hendaklah membuat pemantauan secara berterusan serta mengambil tindakan tegas terhadap semua jenis pencerobohan baru atas tanah kerajaan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara.Tindakan mengikut Seksyen 426(A) Kanun Tanah Negara iaitu memusnahkan tanaman atau bangunan hendaklah dilakukan dengan sgera bagi mengelakkan pencerobohan berlaku secara berterusan.Tindakan yang tegas juga perlu diambil terhadap penceroboh-penceroboh tersebut.




SOALAN 56 (A81)

Jambatan di Kg Parit Jamil dan Parit  Bulat di Jalan Muar-Batu Pahat masih belum siap pembinaannya.Namakan kontraktornya sekarang dan berapakah kos keseluruhan sehingga siap dan berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan sehingga sekarang?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHARI BIN JAMIL:

Kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan jambatan terbengkalai tersebut adalah Misikhas Sdn. Bhd. dengan kos sebanyak RM7,381,144.00 dan perbelanjaan setakat ini adalah RM2,432,681.05 dan kemajuan kerja  setakat ini 32%.

Projek ini bermula pada 17.03.09 dan dijangka siap sepenuhnya pada 17.1.2011.













0