Le Tour De Langkawi 2010 - Muar ke Port Dickson


Jumaat 5 Mac 2010 - Muar diberi penghormatan tahun ini untuk dijadikan tempat permulaan stage 5 Pertandingan Le Tour de Langkawi 2010   dari Muar  ke Port Dickson.
Perlumbaan dimulakan di Dataran Tanjung Emas, Muar tepat jam 9.00 pagi.. Jarak perlumbaan sejauh 111.5 km.
YB Dr. Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani dijemput hadir sama meraikan pelepasan acara perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL)

Cabaran pasukan tempatan diketuai oleh pasukan kebangsaan yang pastinya perlu berusaha dengan keras bagi memastikan sasaran tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bertanding tercapai.

Manakala pasukan benua negara, Le Tua memasang impian besar untuk meraih juara individu keseluruhan serta mempertahankan gelaran pelumba terbaik Asia dengan membariskan tiga pelumba Sepanyol, seorang Australia dan Ng Yong Li serta Mohd Hafiz Rozli selaku pelumba tempatan.

Empat pelumba tempatan turut mewakili pasukan berstatus benua dari luar negara pada edisi tahun ini dengan Anuar Manan (Geumsan Ginseng Asia dari Korea Selatan), Adiq Husainie Othman (Drapac Porsche dari Australia) dan Loh Sea Keong serta Ahmad Haidar Anuawar pula mewakili pasukan Marco Polo Cycling Team dari China.

Secara keseluruhan LTdL tahun ini menampilkan hanya satu pasukan berstatus Pro Tour iaitu Footon-Sevetto dari Sepanyol serta dua pasukan profesional benua iaitu ISD-Neri (Itali) dan Vorarlberg-Corratec (Austria).

Selebihnya adalah 13 pasukan bertaraf benua iaitu Drapac Porsche (Australia), Tabriz Petrochemical (Iran), Seoul Cycling Team (Korea Selatan), Marco Polo Cycling Team (China), Aisan Racing Team (Jepun), Max Success Sport (China), Le Tua Cycling Team (Malaysia), Team Geumsan Ginseng Asia (Korea Selatan), Team Jayco- Skins (Australia), Azad University (Iran), Giant Asia Racing Team (Taiwan), Polygon Sweet Nice (Indonesia) dan Kelly Benefit Strategies (Amerika Syarikat).

Selain Malaysia yang menampilkan pasukan kebangsaan, tiga lagi negara adalah Afrika Selatan, Kazakhstan dan Thailand yang kali pertama mengambil bahagian.

 Peringkat perlumbaan LTdL 2010:

Peringkat 1: Kota Baharu - Kuala Berang (174.5km)
              2: Kuala Terengganu - Chukai (182.3km)
              3: Pekan - Mersing (145.6km)
              4: Mersing - Parit Sulong (163.5km)
              5: Muar - Port Dickson (111.5km)
              6: Putrajaya - Genting Highlands (102.8km)
              7: Kuala Kubu Baru - Dataran Merdeka (133.7km)

 YB Dato Razali Ibrahim di pentas utama


YB Dr Mohammad bersama YDP MPM (kiri) dan YB Bukit Naning (kanan)


Pemenang jersi kuning (pendahulu individu keseluruhan),
hijau (raja pecut) ,polka dot merah (raja bukit) dan
biru (pelumba terbaik Asia - Anuar Manan) 
melambai peminat di Muar


Pelumba Malaysia bersiap sedia


Anak muda Malaysia ceria dalam debaran.....

Santai tapi cemas....
Peserta luar negara bersiap sedia
 
 
DI GARIS PENAMAT PERINGKAT 5 - MUAR  KE PORT DICKSON
MALAYSIA JUARA !



Anuar Manan screams with joy after winning Stage Five of Le Tour de Langkawi from Muar to Port Dickson yesterday. — NST Picture by Mokhsin Abidin 

Anuar Manan screams with joy after winning Stage Five of Le Tour de Langkawi 
from Muar to Port Dickson yesterday. — NST Picture by Mokhsin Abidin


0