MAJLIS PENERANGAN JABATAN PERTANIAN MUAR DI DUN MAHARANI


Pada hari Jumaat 5 Mac 2010 jam 3.30 petang, 3 orang Pegawai Pertanian daripada Pejabat Pertanian Sg Sudah,Muar dengan diketuai oleh Ketua Pejabat Pertanian Kawasan Muar,Puan Ruzilah Yaakob telah mengadakan majlis penerangan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Maharani. Program ini  dianjurkan oleh Lujnah Pertanian dan Ternakan DUN Maharani  yang diterajui oleh Sdr Abu Bakar Ismail.Sebelum ini surat jemputan dan surat edaran telah disampaikan kepada Ketua Masyarakat setempat,para petani dan ahli-ahli PAS.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Pejabat  Pertanian Muar menghantar pegawainya untuk  bertemu rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan memberi penerangan tentang fungsi Pejabat Pertanian dan bantuan-bantuan yang disediakan untuk para petani.Kerjasama diantara jabatan kerajaan dan ADUN sangat memberi manafaat kepada rakyat.

Puan Ruzilah,selaku Ketua Pegawai Pertanian Kawasan Muar,dalam mukadimmahnya menerangkan  tentang peranan Jabatan Pertanian yang melibatkan semua bidang pertanian kecuali kelapa sawit (di bawah MPOB) dan getah (di  bawah RISDA).Begitu juga Lembaga Pertubuhan Peladang yang berbeza peranannya dengan Jabatan Pertanian.Sebahagian rakyat masih belum tentang fungsi jabatan-jabatan tersebut.
Beliau seterusnya mengingatkan peserta yang hadir bidang pertanian adalah sejenis perniagaan.Dalam pertanian pun ada halal haram.Contohnya baja yang digunakan mestilah daripada punca yang halal.EM (effective microorganism) yang sedang dipopularkan penggunaannya sekarang hendaklah dipastikan  halal.Produk yang tidak halal ini mungkin salah satu daripada punca penyakit.Amalan Pertanian Baik (APB) sanagat beliau tekankan kepentingannya.
Peserta juga dimaklumkan bahawa kerajaan memberi Insentif Hasil Pertanian (RM78.00 setiap tan hasil buah-buahan dan RM81.00 setiap tan sayur-sayuran) tetapi ramai petani tidak mengambil kesempatan ini.Subsidi beras juga boleh didapati di Pejabat Pertanian,terbuka kepada semua rakyat yang berpendapatan di antara RM1000.00 - RM1500.00 sebulan.Setakat ini cuma disediakan 500 borang sahaja untuk diagihkan kepada 5 mukim.Mereka perlu mendaftar e-Kasih.
Pertanian Berkelompok juga digalakkan di mana 3 orang yang mempunyai kebun seluas 10 ekar boleh memohon sebelum bulan September setiap tahun.Dimaklumkan bahawa projek ini hendaklah disokong oleh JPMM (Jawatankuasa Penyelaran Mukim-Mukim).

En. Nazri Ali,Pembantu Pertanian Mukim Parit Bakar, dan En. Rahmat,Pembantu Pertanian Mukim Seri Menenti, menerangkan dengan jelas tentang masalah penyakit pisang yang menyerang semua jenis tanaman pisang di negeri Johor.Tanda-tanda penyakit,ciri-cirinya dan cara-cara merawatnya diterangkan dengan terperinci.Khidmat nasihat pertanian boleh di dapati daripada Pembantu Pegawai Pertanian yang ditempatkan di setiap mukim.Pejabat Pertanian di Sungai Sudah Muar diamanahkan menjaga lima mukim iaitu mukim-mukim  Parit Bakar,Parit Jawa,Seri Menanti,Sungai Balang dan Ayer Hitam.Mukim Parit Bakar didapati mempunyai kawasan yang sesuai untuk tanaman dusun tetapi banyak tanah yang terbiar.Mereka yang mempunyai tanah dialu-alukan bekerjasama membaikpulih dusun-dusun mereka dengan bantuan Pegawai Pertanian.

Para peserta cukup berpuas hati dengan penerangan mereka.Majlis dialog dihujani dengan pelbagai soalan,dari soalan bantuan-bantuan hingga kepada masalah penyakit pokok.Rakyat dialu-alukan berjumpa mereka di Pejabat Pertanian Sungai Sudah Muar untuk penerangan lebih lanjut.Setiap hari Jumaat adalah hari bertemu pelanggan di pejabat ini.

Majlis selesai jam 5.30 petang dengan pemberian cenderamata kepada para Pegawai Pertanian dan jamuan ringan.InsyaAllah program seperti ini akan diteruskan untuk para petani dalam DUN Maharan khususnyai.Hubungi kami jika tuan-tuan ingin program seperti diadakan ditempat tuan-tuan.

 
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim

 
Puan Ruzilah,Ketua Pejabat Pertanian Kawasan Muar,memulakan penerangan.
YB Dr Mohammad dan Sdr Abu Bakar Ismail turut serta.

Encik Rahmat,Pembantu Pegawai Pertanian Mukim Seri Menanti  bersemangat 
memberi penerangan.Beliau pernag bertugas di Mukim Parit Bakar.
Sebahagian daripada peserta tekun mendengar penerangan
YB Dr Mohammad bersama peserta
Terima kasih Puan Ruzilah
Terima kasih En. Rahmat.Jasamu dulu diingati oleh petani Parit Bakar

Terima kasih dan selamat bertugas E. Hazri.Beliau sekarang bertugas di Mukim Parit Bakar.
Rakyat Mukim Parit Bakar sila hubungi beliau. 


Berita terkini:
Puan Ruzilah menghubungi kami memaklumkan bahawa Program Pemulihan Kebun Dusun sedang berjalan sekarang.Mereka yang berminat sila hubungan Puan Ruzilah, no. telefon 0197473442 atau datang sendiri ke Pejabat Pertanian Sungai Sudah Muar dengan membawa fotostat geran tanah dan kad pengenalan.

Tarikh tutup ialah 20 Mac 2010.Pelbagai bantuan dan insentif disediakan.Sila rebut peluang ini dan sebarkan kepada rakan-rakan petani.
 





0