LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ( PDK) PARIT KEROMA MUAR



Pada hari Rabu 18 November 2009 yang lalu YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh isteri beliau,Puan Rubiah Raffee, dan rombongan  dari Pejabat ADUN Maharani telah berkesempatan menziarahi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Parit Keroma,Jalan Temenggong Ahmad,Muar.Inilah lawatan pertama kami ke PDK dalam DUN Maharani sebagai tanggungjawab wakil rakyat yang perihatin dengan permasaalahan masyarakat.

Kehadiran kami disambut mesra oleh petugas-petugas PDK dan peserta-peserta.Kami diberi taklimat tentang perjalanan harian di PDK.PDK ini ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang biasanya diketuai oleh isteri wakil rakyat kerajaan.Petugas di sini diketuai oleh seorang Penyelia,Puan Hamimah, dengan 6 orang petugas lain.Lebih 60 orang  peserta berdaftar di sini dengan 19 orang tinggal di rumah.Peserta menghadiri kelas selama 4 hari seminggu dan diberi elaun RM150.00 sebulan, ditolak RM15.00 sebulan untuk bayaran makan pagi.Bagi peserta yang tinggal di rumah mereka diberi elaun RM50.00 sebulan.Pusat ini mendapat geran sebanyak RM50,000.00 untuk melengkapkan pusat ini bagi menyediakan keperluan pembelajaran.

Masalah yang dihadapi ialah dari segi perbelanjaan menyediakan makanan pagi di mana RM15.00 sebulan seorang tidak mencukupi.Terima kasih kepada penderma dan penyumbang yang bermurah hati memberi sumbangan.

Sempena lawatan ini YB Dr Mohammad telah menyampaikan sumbangan wang tunai untuk perbelanjaan makanan peserta dan hamper untuk petugas dan peserta.Terima kasih kami ucapkan di atas layanan mesra dan hadiah cenderamata yang kami terima.Cenderamatnya sangat unik kerana ia merupakan bakul yang diperbuat daripada kertas terbuang oleh peserta sendiri.


YB Dr Mohammad menyantuni peserta Down's Syndrome


 Cenderamata untuk YB Dr Mohammad


Sumbangan YB Dr Mohammad untuk PDK Pt Keroma



Puan Rubiah,isteri YB Dr Mohammad,bermesra dengan peserta PDK


Puan Rubiah menyerahkan hamper kepada petugas dengan  diperhatikan oleh Sdr Rozi dan YB






1

    Maaf, disini saya ingin memohon jasa baik.InsyaAllah saya (pengarah program) akan mengadakan program motivasi bagi lepasan SPM 2009 bermula pada 18 Disember ini. Motivasi program ini menggunakan pendekatan agama Islam. Peserta pula adalah dari sekolah-sekolah tertentu.

    Diharap dapat memberi sumbangan ke

    >Maybank 5541 1010 1976
    Persatuan Belia Islam Prihatin (MyConcern)

    >CIMB 0408 0070 5595 29
    Shahrin Azam

    "Sedekah tidak mengurangkan rezeki"

    Semoga Allah terima sumbangan tuan/puan sebagai amal kebajikan. :)
    -Sahabat Melaka