JAMUAN MAKAM MALAM BERSAMA YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG


DAP Bakri Liaison Committee  (Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri) yang diterajui oleh Pengerusinya,YB Bentayan,YB Gwee Tong Hiang, dan Pengerusi DAP Cawangan Muar yang diterajui oleh Ahli Parlimen Bakri,YB Er Teck Hwa,telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama YAB Ketua  Menteri Pulau Pinang ,YAB Tuan Lim Guan Eng, pada hari   Isnin 2 November 2009.Majlis diadakan di Dewan Besar SJK(Cina) Chung Hwa 3,Jalan Abdul Rahman,Muar tepat jam 7.00 malam.Kehadiran melebihi 2500 orang termasuk tetamu daripada parti PAS dan PKR.

Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri,YB Gwee, sebelum ini beliau telah memohon untuk mengadakan majlis ini di sebuah sekolah lain di dalam Parlimen Bakri tetapi  telah ditolak oleh Pejabat Pelajaran Negeri Johor.Satu sikap double-standard yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional!

Di antara tetamu kehormat ialah YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng,YB Nga Kor Ming,YBhg Dato' Chua Jui Ming dan ramai penyokong dan ahli DAP dan Pakatan Rakyat.YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong) dan YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) turut hadir.

Unit Amal PAS Muar turut bertugas pada hari tersebut.

YB Dr Mohammad Taslim diberi peluang berucap pada malam tersebut mewakili PAS dan PKR.Beleiau meyakinkan hadirin bahawa PAS tetap komoted untuk berjuang melakukan perubahan bersama rakan-rakan dalam Pakatan rakyat.Beliau memuji kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengamalkan konsep amal makruf nahi mungkar dalam kepimpinannya.Yang menariknya beliau menerima kad ucapan hari raya daripada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini yang menyelitkan ungkapan ini:

Bulan Ramadan Bulan Mulia
Adil Ditegak Rakyat Dijaga
Bulan Suci Jangan Engkar
Amal Makruf Nahi Mungkar



YB Dr Mohammad disambut oleh YB Gwee


'Tok Guru rasmi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak,'
bisik YB Nga Kor Ming kpd YB Dr Mohammad



Bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang


Mesra bertemu rakan-rakan daripada PKR


'Cari calon Jawa di Bukit Naning,'
pesan YBhg Dato' Chua Jui Ming





YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong)
Sdr A Razak Sulaiman,Sdr Faizol Salleh di meja tetamu.
Gambar bawah: YB Dr Mohamad sedang berucap



YB Dr Mohammad mewakili Unit Amal menerima sumbangan daripada YB Nga.
Gambar bawah: para petugas Unit Amal Muar




Tetamu Kehormat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
dan YBhg Dato' Chua Jui Meng

马哈拉尼区州议员莫哈末达林演讲
  受惠单位与颁奖人合照留念, 左起李坤泽, 林得元, Aina,
                               颜碧贞, 莫哈末达斯林, 倪可敏, 殴美香,                                              
陈文水,余德华及辜亚发

Sumber: dua gambar terakhir ihsan dpd blog ADUN Bentayan .