SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR -SOALAN LISAN ADUN MAHARANI


VERBATIM SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN KEDUA DEAWAN NEGERI JOHOR PADA 8 SEPTEMBER 2009

Y.B. Dato' Speaker : Yang Berhormat, Dr Haji Mohamad Taslim,jemput.

Y.B. Dr Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Dato' Speaker,soalan saya nombor 10.Terima kasih.

Tindakan menyerahkan 27 buah sekolah agama bantuan Kerajaan Negeri termasuk 8 Sekolah Rendah Agama Bersepadu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah merugikan masa hadapan pendidikan agama Islam di Johor.KPM akan memansuhkan sukatan pelajaran agama dan diganti dengan dengan satu mata pelajaran iaitu Arab Komunikasi.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yang Berhormat Dato' Speaker,penjelasan tentang perkara ini sebenarnya telah saya buat beberapa kali.Sebelum ini di Dewan yang mulia ini,sama ada dalam bentuk jawapan lisan mahupun semasa penggulungan perbahasan Namun yang demikian Yang Berhormat Dato' Speaker,saya bersedia untuk memberikan jawapan kepada Ahli Yang Berhormat kawasan Sungai Abong (? Maharani).

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,proses pendaftaran 19 Sekolah Menengah Agama Negeri dan juga Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 8 buah Sekolah Rendah Bersepadu atau SRAB di Negeri Johor sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,SABK kini berada di peringkat akhir untuk persetujuan bersama.Isi kandungan MOU di antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga,kurikulum Al-Azhari yang sedang diguna pakai di sekolah-sekolah tersebut akan terus dikekalkan.Bahkan perkara ini telah dimasukkan di dalam kandungan MOU.KPM juga iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju untuk mengekalkan pelaksanaan kurikulum Al-Azhari di semua SABK dan akan menjadikannya sebagai sebahagian kurikilim kebangsaan di bawah Akta Pelajaran 550.

Implikasi pendaftaran ini akan memberi banyak kebaikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan sekolah tersebut iaitu guru,pelajar dan pembangunan sekolah itu sendiri.Bagi pihak guru,dengan pelaksanaan SABK ini akan memberi kelebihan-kelebihan dari aspek perjawatan yang lebih terjamin dengan pelbagai kemudahan dan setaraf dengan penjawat awam lain di dalam Kementreian Pelajaran Malaysia.Bagi pihak pelajar pula,merek akan berada di dalam arus pendidikan perdana tanpa mengetepikan identiti sekolah asal mereka.Bahkan,mereka mempunyai peluang yang sama seperti mana pelajar-pelajar lain di dalam aspek kurukulum mahupun ko-kurikulum.Dari aspek pembangunan sekolah pula,bantuam per kapita dan peruntukan pembangunan akan diberikan selaras dengan keperluan sekolah tersebut sepertimana yang dinikmati oleh sekolah-sekolah lain di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Justeru,Yang Berhormay Dato' Speaker,adalah tidak benar sama sekali dakwaan Ahli Yang Berhormat Sungai Abong (?Maharani) bahawa dengan mendaftarkan sekolah-sekolah tersebut,maka ia akan merugikan masa hadapan di peringkat Islam Negeri Johor.Kerana dengan mengekalkan kurikulum Al-Azhar ini,anak-anak kita yang belajar di sekolah-sekolah rakyat dan sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri akan dapat terus belajar dalam bidang agama khususnya ke universiti Al-Azhar di Timur Tengah.Selain daripada menjaga kebajikan baik guru mahupun murid malah murid bukan sahaja diberi peluang untuk menuntut dalam bidang agama tetapi juga dalam bidang-bidang lain,bidang-bidang profesional juga.Terima kasih.

Y.B. Dato' Speaker : Ok,Yang Berhormat.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Yang Berhormat Dato' Speaker,soalan tambahan.Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat.Soalan tambahan saya ialah ,saya cukup gembiralah bila mendengar bahawa kurikulum Azhar akan dikekalkan.Jadi apa perkara terpenting kerana kita nak memastikan pelajar agama ini tidak ketinggalan dan pelajar kita dapat terus melanjutkan pelajaran ke,contoh ke Universiti Al-Azhar.Dan dari segi yang saya nampak masaalah dari segi kewangan,adakah Kerajaan Johor tidak mampu untuk menanggung kos yang melibatkan terpaksa diserah kepada Kerajaan Pusat kerana kita dapat memastikan bahawa contohnya,SRAB telah berjaya menarik ramai anak-anak kita belajar di situ malahan ada waiting list dengan izin.Jadi,ini adalah satu kejayaan yang telah dapat dicapai oleh Kerajaan Negeri Johor yang patutnya kita kekalkan.Jadi,saya mengharapkan supaya kurikulum Azhar ini benar-benar dikekalkan tidak seperti yang telah berlaku kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,contohnya di Muat tu,Maahad Muar kerana dulu adalah sekolah yang mempunyai kurikulum ini, Arab yang penuh tetapi sekarang hanya Bahasa Aran komunikasi.Terima kasih.

Y.b. Pengerusi Jawatankuasa Agama: Yanh Berhormat Dato' Speaker,terima kasih atas soalan tambahan.Yang berhormat Dato' Speaker,soal kewangan bukanlah soal utama ddi sini.Soal utama ialah kebaikan yang diberikan dengan mendaftarkan sekolah-sekolah tersebut denga Kementerian Pelajaran sebagaimana saya yang telah saya nyatakan tadi.Kita masih dapat mengekalkan identiti sekolah tersebut.Kita masih dapat menyalurkan pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat dan ke sekolah, ke Universiti Al-Azhar seperti yang dinyatakan tadi.Di samping itu, kita juga mahu anak-anak kita sebagaimana saya nyatakan tadi,anak-anak kita juga dapat mengikuti bukan sahaja khusus dalam bidang agama tetapi khusus-khusus dalam kursus-kursus profesional tetapi dala masa yang sama mempunyai latar belakang agama yang kukuh.

Inilah sebenarnya kehendak ibu bapa dan selain daripada itu,seperti yang saya nyatakan tadi,kedudukan guru-guru dan sekolah apabila sekolah-sekolah ini didaftar dengan pihak kementerian,maka mereka guru-guru ini akan dapat jaminan pekerjaan denganlebih baik,seperti juga pegawai-pegawai kerajaan yang lain.Kalau pegawai kerajaan lain mempunyai peluang untuk mendapatkan pinjaman perumahan sebagai contoh,mereka juga layak,mereka juga bleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan masing-masing.Mereka boleh pergi melanjutkan pelajaran kalau mereka masih mampu.Jadi,banyak kebaikan sama ada pada guru mahupun pada murid yang dapat diberi hasil daripada pendaftaran sekolah-sekolah ini dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.Terima kasih.



0