INFLUENZA A H1N1 DI NEGERI JOHOR
Posted in: soalan dewan negeriDalam Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-12 pada hari Selasa 8 September 2009,ketika menjawab soalan lisan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang wabak Influenza A H1N1,Y.B Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan,Y.B. Dr Robiah Kosai menjawab:
Di Negeri Johor kes pertama disahkan H1N1 Influenza A adalah pada 23 jun 2009 yang merupakan kes import .Manakala kes pertama transmisi tempatan telah dilaporkan pada 4 Julai 2009.Untuk makluman sekelian,situasi di Johor,Taburan kes influenza A H1N1 sehingga 6 September2009:
Keseluruhan kes adalah 592 orang :
Johor Bahru - 182 (tertinggi)
Batu Pahat - 166
Kluang - 82
Segamat - 44
Pontian - 17
Muar - 17
Kota Tinggi - 24
Mersing - 32
Ledang - 20
Kulaijaya - 8
Kes kematian 27 orang:
Johor Bahru - 14 ( 9 Melayu, 3 Cina, 1 India)
Batu Pahat - 7 ( 4 Melayu, 2 China, 1 India)
Kluang - 4 ( 1 Melayu, 1 China, 2 India)
Segamat - 1 (1 Melayu)
Kulaijaya - 1 ( 1 Melayu)
Daripada itu kita dapat cluster cases sebanyak 129 kes.
Y.B. Dr Mohammad Taslim (Maharani) berpeluang membuat soalan tambahan:
Yang Berhormat Dato' Speaker,seperti dimaklumkan tadi bahawa jumlah kematian di Negeri Johor 27.Sya rasa ini yang tertinggi di Malaysia.Jadi,apakah punca,apakah sebabnya yang menyebabkan Negeri Johor ini,pesakit ini ramai yang meninggal? Dan yang keduanya kita lihat dari segi bangsa,Melayu paling ramailah.Dia ada faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan berlakunya di Negeri Johor jadi begini? Terima kasih.
Y.B.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:
Terima kasih.Kenapa Melayu lebih ramai daripada bangsa lain? Itu mungkin,banyak kemungkinan kenapa Negeri Johor top of the list ,top ten, dan sebagainya.Banyak kemungkinan.Ada yang mengatakan bahawa kita duduk dekat dengan Singapore.Keluar masuk,keluar masuk,ke Singapore yang tak,yang mengadakan laporan yang rendahlah.Dia suppress dia punya laporan.Separuh negara pun tak telus sangatlah.Jadi,mungkin,itu mungkin ada satu sebab.Mungkin kerana kesihatan diri ataupun kita ini terlalu ambil sambil lewa jelah.Tak ada pun,kalau kita tengok eh,kalau kita tengok kalau di tempat-tempat ramai pun,tak ramai orang pakai mask dan sebagainya.Mungkin di kalangan masyarakat kita,bahawa itu kalau ada kematian pun takdir Allah je.Itu pun ada juga punca macam tu eh.Mungkin orang Cina yang rendah ataupun orang India yan rendah kematiannya,mungkin dia tak pergi ke tempat orang ramai ataupun dia jaga kebersihan diri dengan sempurna dan sebagainya atau lagi satu,makan vitamin.Kadang-kadang kita jarang makan ubat untuk menguatkan badan kita.Kaum-kaum lain akan makan makanan yang berzat dan bervitaminlah.Jadi,kuat,daya tahan dia kuat.Jadi nak katakan pa sebab yang pasti,kenapa Melayu lebih banyak kematiannya,kita wallahualam.Tak tahu,kita tak tahu lagi macam mana.
Friday September 11, 2009
Johor reps concerned over large number of H1N1 cases
JOHOR BARU: The Influenza A (H1N1) epidemic became a hot topic among assemblymen at the State Assembly as there have been 27 deaths recorded to date in Johor.
At least five assemblymen raised questions about the virus, education programmes, why the state had the most number of deaths and transmissions, availability of vaccines and the health system.
State Women, Family, Community Development and Health Committee chairman Dr Robia Kosai said there were various possible reasons for the large number of cases in Johor, among which were its proximity to Singapore and people not taking precautions such as wearing face masks.
She was replying to a question by Mohamad Taslim (PAS - Maharani).
According to Dr Robia, of the 592 patients, Johor Baru recorded 182, Batu Pahat (166), Kluang (82) Segamat (44), Mersing (32), Kota Tinggi (24), Ledang (20), Pontian and Muar (17 each) and Kulai Jaya (8).
She said that Johor Baru recorded the highest number of deaths, at 14.
Currently, 48 victims were in ICU, she said, adding that 29 were in the high-risk group.
In replying to a question from Cheong Chin Liang (BN - Bukit Batu), Dr Robia said the media was a major resource in educating the public about the disease.
Lee Hong Tee (BN - Jementah) asked if there was a weakness in actions taken to contain the disease, to which Dr Robia said the state was reporting all cases and there was nothing wrong with the system.
To Dr Boo Cheng Hau (DAP - Skudai) she said the Government had ordered more than the required amount of vaccine.
Dr Boo had remarked that the governments of some countries were doubling the amount of vaccine available.
Source: The Star Metro
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2009
(148)
-
▼
Oktober
(16)
- MTD (MAJLIS TINDAKAN DUN) MAHARANI 2007 - NOSTALGIA
- JAMUAN HARI RAYA MUSLIMAT JOHOR,WANITA DAP DAN PKR...
- MESYUARAT KETIGA (BAJET 2010) DEWAN NEGERI JOHOR
- IJTIMAK PAS TERENGGANU
- DEEPAVALI 2009 BERSAMA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL ...
- RUMAH TERBUKA ADIL FITRI PAS KAWASAN MUAR 1430H
- JAMUAN HARI RAYA ADUN MAHARANI
- BAGAN PINANG REVISITED - HARI UNDI POS
- KAYUHAN BASIKAL MERDEKA 2009 -MAHARANI
- KAYUHAN BASIKAL MERDEKA 2009
- INFLUENZA A H1N1 DI NEGERI JOHOR
- ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT
- ADUN MAHARANI RASMI PENGURUS STOKIS DAERAH
- SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR -SOALAN LISAN...
- JAMUAN HARI RAYA DEWAN MUSLIMAT PAS JOHOR & WANITA...
- PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG-PENAMAAN CALON
-
▼
Oktober
(16)
0