DEEPAVALI 2009 BERSAMA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS MUAR - ADUN MAHARANI


PROGRAM SUMBANGAN LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS MUAR DAN ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT INDIA

writen by dun maharani

Masyarakat India merayakan Hari Deepavali pada hari Sabtu 17 Oktober 2009.Untuk meraikan hari tersebut
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Muar di bawah pimpinan Sdr Abdul Razak Sulaiman bersama ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,telah mengadakan majlis menyampaikan sumbangan merupakan hamper dan wang tunai kepada masyarakat India dalam DUN Maharanipada hari Jumaat 16 Oktober 2009 . Majlis diadakan di rumah Sdr Maniam di Taman Mawar Jalan Abdul Rahman Muar.Sdr Maniam adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Maharani. Sebelum ini YB Dr Mohammad telah mengadakan Khidmat Rawatan Perubatan percuma di tempat yang sama.

Majlis turut dihadiri oleh
Sdr Vijian,seorang anak tempatan yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Selangor,mewakili masyarakat India,YBhg Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat ( YDP PAS Muar), Sdr A Razak Sulaiman (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Muar), Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar dan bekas calon PAS DUN Sg Balang), Sdr Rozi Md Nor (Pengerusi Lajnah Kebajikan), Sdr Hamidun Omar (Pegawai Tadbir DUN Maharani) , Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad) dan AJK PAS Kawasan/DUN Maharani.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan majlis tersebut

Kehadiran rakan-rakan masyarakat India sungguh menggalakkan walaupun mereka sebuk membuat persiapan Deepavali, sempat juga bersama dalam program ini sebagai menunjukkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Sebanyak 38 hamper
dan wang tunai telah disampaikan kepada kaum India yang layak menerima sebagai tanda ingatan PAS Muar kepada mereka sempena menyambut Deepavali tahun ini.


Banner Sumbangan Hari Deepavali oleh YB Dr Mohammad Taslim
di hadapan Taman Mawar Muar


Sdr A Razak Sulaiman sedang berucap di hadapan tetamu dan masyarakat India


Rumah Sdr Maniam sesak dengan tetamu di poch dan luar rumahnya


Peserta menerima sumbangan daripada YB Dr Mohammad


Penerima sumbangan bergambar bersama YB Dr Mohamad
(Gambar di atas keluar dalam akhbar HARAKAH  Bil 1482  ( 23 - 25 Oktober 2009)


Tetamu dan penerima sumbangan

Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad) dan anaknya
Siti Zahirah turut membantu







0