MTD (MAJLIS TINDAKAN DUN) MAHARANI 2007 - NOSTALGIA


Friday, July 27, 2007


Bekerja tak kira masa-Persiapan Pejabat MTD Maharani


Para petugas PAS sedang bekerjasama memasang papan tanda Bilik Gerakan Majlis Tindakan DUN Maharani. Jamuan rakyat DUN Maharani akan diadakan pada 29 Julai 2007 ini (Ahad). Semua orang dijemput untuk menghadiri jamuan ini. Sehingga jam 12.30 pagi para petugas masih sibuk melaksanakan kerja masing-masing termasuk kerja-kerja mengemas ruangan pejabat.

Dicatat oleh DEWAN PEMUDA PAS MUAR di 5:47 PM 0 ulasan

NOTA:
Pejabat MTD Maharani terletak di Tingkat 2, No. 22, Pekan Parit Bakar,Muar.Pejabat ini disewa untuk persediaan menghadapi PRU 12.Alhamdulillah dengan kemenangan yang Allah anugerahkan pejabat ini sekarang  menjadi PUSAT KHIDMAT DUN MAHARANIdan berpindah ke Tingkat Satu.Pejabat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Husam Musa,Naib Presiden PAS Malaysia.


Sunday, July 29, 2007

Jamuan MTD Maharani


Majlis Tindakan DUN Maharani telah mengadakan majlis Jamuan untuk para petugas dan penduduk di sekitar kawasan DUN Maharani. Majis yang di adakan di Pekan Parit Bakar telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada hari Ahad 29 Julai 2007. Sepanjang jamuan berlangsung dari jam 11 pagi hingga jam 4.00 petang, orang ramai hadir silih berganti memenuhi hampir keseluruhan meja yang disediakan.

Syabas Jentera MTD Maharani 
 
0 ulasan




0