JAMUAN HARI RAYA ADUN MAHARANI


RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1430H ADUN MAHARANI
Written by drmbt49

Aidilfitri 1430H disambut oleh ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim, dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari Sabtu 10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430H.Bertempat di rumah beliau di No. 195-14,Taman Bunga Raya ,Jalan Temenggong Ahmad,Muar, majlis dimulakan dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang.

Sambutan daripada masyarakat tempatan adalah di luar jangkaan dengan kehadiran pelbagai bangsa menjamu selera dan beramah mesra.Diantara tetamu yang terawal ialah Tuan Pegawai Daerah Muar Tuan Hj Mislan diikuti oleh Ketua Polis Daerah Muar,Tuan ACP Nasir dan keluarga, Dato' K.C.Lim (Muar Traders Hotel), Puan Rahmah (Mc Donalds Muar) dan keluarga. Ahli -ahli Yang Berhormat yang hadir ialah YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) dan rombongnnya dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) berserta isteri dan rombongannya.Kemeriahan hari raya dapat dirasai dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan.

YB Dr Mohammad dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sempat hadir pada hari tersebut walaupun kebanyakan mereka juga menerima undangan majlis
perkahwinan pada hari yang sama.Di antara yang hadir termasuk ketua-ketua masyarakat , pelajar-pelajar madrasah dan tahfiz,Orang Kurang Upaya dan ahli-ahli masyarakat tanpa mengira bangsa,agama,atau fahaman politik.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat dari awal hingga akhir.Setiausaha YB, Sdr Abd Razak Sulaiman menguruskan persediaan program dengan Sdr Hamidun Omar menyediakan kad jemputan dan menghantarnya ke Jabatan Kerajaan dan swasta dan orang ramai. Majlis gotong royong diketuai oleh Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) yang bertindak sebagai Chef pada hari tersebut. Gotong royong bermula sejak hari Jumaat hingga ke awal pagi Sabtu bertempat di Restoran JI Tomyam Parit Bakar.Jamuan nasi jagong berlauk ayam dan kambing serta rojak buah special mendapat pujian daripada pengunjung. Air daripada pelbagai rasa dan warna disediakan oleh Sdr Mohd Rozi Md Nor pengusaha Restoran JI Tomyam di
traffic light Pekan Parit Bakar,Muar .Ramai lagi ahli-ahli dan penyokong PAS yang terlibat menjayakan program tersebut. termasuk muslimat yang menmyambut dn melayan tetamu serta petugas dapor yang menguruskan jamuan.Moga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.


Segak dan ceria bersedia menyambut tetamu


Terima kasih Tuan Pegawai Daerah Muar dan Tuan OCPD Muar


YB Dr Mohammad meraikan Tuan Pegawai Daerah Muar dan Tuan OCPD Muar

YB Er Teck Hwa dan para tetamu disambut mesra oleh YB dan Sdr Mazlan.Sdr A Razak ,Sdr A Rahman Yanti dan Sdr Lokman kelihatan di belakang


Ketibaan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan isteri ,Sdr Maniam dan rakan daripada Kelab Penyokong PAS



Menyambut kehadiran Sdr Abdullah (JIM) dan Cikgu Satar (PAS Bakri)


Selamat datang tuan dan sila menjamu selera


Ustaz Salam (mantan YDP ABIM Muar) bersama isteri


YDP PAS Muar Ustaz Abu Bakar Lajat bermesra dengan rakan-rakan India.


Meraikan Sdr Salahuddin dan Dato' K.C.Lim

YB Dr Mohammad dan isteri meraikan Puan Rahmah (Mc D Muar ) berserta keluarga dan kakitangan Pos Malaysia



Kakitangan PDK Muar dan Pelajar Madrasah ADRAIN Pt Sakai Jalan Junid Muar


YB Er semeja dengan Ustaz Razali Jamil . YB Dr. Mohammad & Sdr. Bakar Ismail sedang bermesra dengan YB Er
dan ahli-ahli DAP


Puteri-puteri daripada Pusat Kegiatan Komuniti dan Klinik Mohammad





Sdr. Tupin sedang melayan tetamu . Kanak-kanak yang hadir diberi buah tangan

0