ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT


ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID DAN SURAU

Written by drmbt49


ADUN Maharani , YB Dr Mohammad Taslim, dengan kerjasama a
hli-ahli jawatankuasa DUN Maharani sentiasa bergerak aktif mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti mengunjungi rakyat yang ditimpa musibah,sakit atau kemalangan, memberi sumbangan mengikut kemampuan kami yang bergerak secara berjamaah.Kerjasama daripada PAS Kawasan Muar dan individu-individu yang perhatin memudahkan kami berurusan dengan masyarakat.

Di antara aktiviti keagamaan yang di jalankan ialah bersama masyarakat dalam majlis yasin dan tahlil yang diadakan di surau dan masjid.Ka
mi mengadakan program ini di atas nama ADUN dan Pejabat DUN Maharani pada malam Jumaat setiap 2 minggu.Kami dapat beramah mesra dengan AJK Surau dan Masjid sambil menerima aduan daripada rakyat.Dalam bulan ramadhan yang lepas sebagai amalan tahunan kami bertarawikh setiap malam di surau dan masjid mengikut giliran.

Program yasin dan tahlil anjuran ADUN Maharani di Masjid Sultan Ibrahim


Muar telah diadakan beberapa kali sejak tah
un 2008.Ucapan ribuan terima kasih kepada AJK Masjid dan orang ramai yang memberi sambutan yang baik.

Gambar-gambar di bawah ini merakamkan majlis Yasin dan Tahlil di Masjid Sultan Ibrahim Muar:


YB Dr Mohammad bersama setiausaha Takmir Masjid dan jamaah yang hadir khusyuk berdoa


Berdoa sebelum makan bersama Tuan Imam dan Jamaah masjid

0