KAYUHAN BASIKAL MERDEKA 2009 -MAHARANI
Posted in:62 peserta – 4 Kelab – 1Acara – 1Kayuhan – 1Malaysia… 1Kejayaan – 1Sejarah – 1Penghormatan
Salam 1Malaysia buat semua sahabat-sahabat Basikal Malaya!
Inilah lakaran sejarah paling manis buat penulis untuk dikongsi kepada semua sahabat-sahabat yang cintakan basikal tua/klasik di Malaya. Bagi penulis inilah acara yang paling meriah pernah dan berjaya dianjurkan pada tahun 2009, tidak keterlaluan penulis gelarkan acara ini acara Grandeur de Muar (bermaksud acara yang paling hebat dan besar di Muar).
Acara yang disertai 62 peserta yang bersemangat tinggi dari 4 buah kelab di selatan tanahair ini telah mula bergerak menuju ke Bandaraya Maharani seawal 9:30 pagi lagi meninggalkan tempat masing-masing. Tujuan utamanya hanya 1 iaitu untuk bersama-sama memartabatkan hobi basikal tua di Malaya disamping mengembalikan kenangan Kemerdekaan Negara 1957 dengan berpakaian ala-ala 50-60an. Paling menariknya acara ini disertai oleh pelbagai kaum yang ada di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kehadiran peserta cilik (kanak-kanak) dan warga emas disamping anak-anak muda yang membawa basikal tua telah menambahkan kemeriahan dan keceriaan pada hari tersebut.
Bagi penulis SENJATA yang paling berkesan untuk menjayakan MISI ini ialah KERJASAMA. Tanpa adanya KERJASAMA dan saling membantu serta diperkukuhkan dengan niat yang IKHLAS pasti KEJAYAAN tidak akan diperoleh dengan mudah. Panas dan hujan pada hari tersebut bukanlah halangan besar tetapi PERJUANGAN menyubur dan melestarikan basikal tua inilah yang menjadi matlamat utama kayuhan di Muar.
Ternyata jarak dan masa bukanlah sempadan yang memisahkan pencinta dan pejuang hobi ini untuk bersama-sama berganding bahu menjayakannya. Tahniah buat semua yang terlibat! Kepada yang tidak dapat turut serta jangan bersedih dan berduka kerana selepas ini pasti akan ada Acara yang lebih hebat dirancang untuk menyemarakkan lagi Nostalgia Basikal Tua di Malaya Merdeka – Nantikan kesannya IMPAKnya! -Mykyocera
Adun Anda
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2009
(148)
-
▼
Oktober
(16)
- MTD (MAJLIS TINDAKAN DUN) MAHARANI 2007 - NOSTALGIA
- JAMUAN HARI RAYA MUSLIMAT JOHOR,WANITA DAP DAN PKR...
- MESYUARAT KETIGA (BAJET 2010) DEWAN NEGERI JOHOR
- IJTIMAK PAS TERENGGANU
- DEEPAVALI 2009 BERSAMA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL ...
- RUMAH TERBUKA ADIL FITRI PAS KAWASAN MUAR 1430H
- JAMUAN HARI RAYA ADUN MAHARANI
- BAGAN PINANG REVISITED - HARI UNDI POS
- KAYUHAN BASIKAL MERDEKA 2009 -MAHARANI
- KAYUHAN BASIKAL MERDEKA 2009
- INFLUENZA A H1N1 DI NEGERI JOHOR
- ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT
- ADUN MAHARANI RASMI PENGURUS STOKIS DAERAH
- SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR -SOALAN LISAN...
- JAMUAN HARI RAYA DEWAN MUSLIMAT PAS JOHOR & WANITA...
- PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG-PENAMAAN CALON
-
▼
Oktober
(16)
0