ADUN MAHARANI TERUS MENZIARAHI RAKYAT


Walaupun sibuk di kliniknya, YB Dr Mohammad Taslim sempat meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti rutinnya iaitu menziarah mereka yang uzur dan sakit. Biasanya waktu kelapangan beliau ialah pada sekitar jam 6.00 petang, sebelum kembali bertugas di kliniknya selepas maghrib.InsyaAllah beliau akan meneruskan khidmat ini dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini beliau berpeluang menziarahi bekas imam Masjid Jamek Pt Limbong yang uzur di rumahnya.Walaupun uzur beliau nampak ceria ketika dikunjungi YB bersama Pengerusi Lajnah Ekonomi, Tuan Hj Abd Rahman Lajim dan Pegawai Tadbir beliau Sdr Hamidun Omar.Kami mendoakan supaya beliau cepat sembuh.


YB Dr. Mohammad sedang memeriksa Tn. Hj. Arifdfin B. Md Yassin ,
bekas Imam Masjid Jamek Pt. Limbong
.Ceria wajah Tn Hj.


'Tekanan darah Tuan Imam macam orang muda!',begitulah agak kata YB.
Tn Hj Abd Rahman tersenyum memerhatikan.

0