SELAMAT HARI GURU 2009


Y.B. Dr. Hj. Mohammad Taslim dan YDP PAS Kawasan Muar Ust. Hj. Abu Bakar B. Mohd Lajat bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Lajnah Perpaduan Kaum telah  menziarahi 12 buah sekolah rendah (termasuk 2 buah SJK Cina) dalam DUN Maharani Mukim Bandar sempena HARI GURU 2009. Lawatan tersebut telah diadakan pada hari Isnin 19 Mei 2009 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.


Program lawatan ke sekolah ini adalah program tahunan DUN MAHARANI kali ke dua. Pada tahun lepas, YB Dr. Hj. Mohammad Taslim telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah dalam DUN Maharani.Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim YB dengan warga pendidik dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah serta cuba membantu menyelesaikannya.

Sempena HARI GURU tahun ini YB dan rombongannya telah menghadiahkan kek untuk Guru Besar dan kakitangannya serta kuntuman bunga untuk sebahagian guru-guru perempuan yang ditemui.Terima kasih di atas sambutan mesra Guru Besar dan guru-guru walaupun kami hadir tanpa notis.Tanpa dijangka kami dihidangkan jamuan dibeberapa buah sekolah.

TERIMA KASIH CIKGU dan SELAMAT HARI GURU.JASAMU TETAP DIKENANG.

InsyaAllah kami akan teruskan tradisi ini di tahun hadapan.Kami akan cuba ziarahi lebih banyak sekolah.Mohon maaf kepada warga pendidik kerana kami tidak dapat menziarahi semua sekolah.


YB sedang menyampaikan kek kepada Guru Besar Sek. Pt. Bakar Tengah. Gambar sebelah YDP dan rombongan
sedang diraikan oleh YDP PIBG dan guru-guru.
Mesra bersama Guru Besar dan YDP PIBG SK Pt Bakar Tengah di kantin sekolah

Berbincang dengan Guru Besar Sek. Keb. Pt. Raja di pejabat dan penyerahan kek sempena hari guru

YB menyampaikan hadiah kepada Guru Besar Sek. Keb. Pt. Keroma dan sekuntum bunga untuk guru- guru

Di Sek. Keb. Pt. Keroma: sekolah baru,kantin baru,jamuan nasi ayam spesial.Terima kasih Cikgu.


Kunjungan mesra ke SJK(C) Chung Hwa 1A dan 1B.Tepukan murid-murid meraikan kami tidak akan dilupakan






Lambaian penuh penghormatan pelajar-pelajar SJKC Chung Hwa

Terima Kasih Chikgu....di Sek Keb SAB Satu.
Isteri YB,Puan Rubiah,pernah menjadi AJK PIBG Sekolah ini.

Untuk PuanHjh Maimunah,GB SK SAB 2

Untuk Guru-Guru juga..

Sempat menonton persembahan murid dan guru di SK SAB 2

Mesra bersama GB SK Dumpar,Tn Hj Hamim

Untuk Cikgu-cikgu semua

YB Dr Mohammad hadiahka kek kepada GB Sek. Ismail Satu,
Cikgu Adam.YB pernah menjadi YDP sekolah ini beberapa tahun.

Bersama GB Sek Ismail Satu,Kakitangan dan rombongan kami

Terima ksih Cikgu.Jasamu  ku kenang.Di Sekolah Ismail Dua.

Di Sekolah kebangsaan Parit Kadi

Terima kasih...sama-sama.Di Sek Keb Sri Jong.

Daripada Murid -Murid.......Untukmu Guru-Guru....


0