SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN LAJNAH EKONOMI PAS KAWASAN MUAR


Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Kawasan Muar yang dipengerusikan oleh Tn Hj Abd Rahman Lajim telah memulakan Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok sejak 2 tahun lalu.Ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa had.Dengan menyumbang hanya RM24.00 setahun keluarga peserta akan menerima sumbangan sebanyak RM1000.00 jika berlaku kematian.Beberapa buah keluarga telah menerima manafaat daripada skim ini.

Pada 4 Mei 2009 YB Dr Hj. Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Lajim dan Sdr Hamidun telah menyampaikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM1000.00 kepada peserta skim ini,En. Zahari b Suradi dirumah beliau di Kg Parit Kassim Laut Jalan Temenggong Ahmad,Muar.
Isteri beliau Allahyarham Rasidah bt Ishak meninggai dunia pada hari Jumaat 1 Mei 2009 kerana serangan sakit jantung.Moga Allahyarham dihimpunkan bersama orang-orang soleh.Amin.

En Zahari sangat terharu dengan kehadiran YB dan Pengerusi Lajnah Ekonomi ketika beliau diuji Allah dengan kehilangan isteri tersayangnya.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dr Mohammad yang mewakili Lajnah Ekonomi PAS Muar.Beliau dan anak-anaknya akan terus menyumbang dalam skim takaful ini.Alfatihah untuk Allahyarham.



YB Dr. Mohammad sedang menyampaikan Dana Skim Takaful dengan diiringi olea
Tn. Hj. A Rahman selaku Pengerusi Lujnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Muar



Cikgu Zahari merasa terharu ketika menerima sumbangan dana takaful.


Tn Hj Abd Rahman menyeru kepada mereka yang berminat supaya menghubungi beliau - 06-9873630/014-2358861. Setakat ini sambutan daripada masyarakat sungguh menggalakkan.

Contoh borang penyertaan:









0