MESYUARAT AGUNG KALI KE 24 PAS KAWASAN MUAR


PAS Kawasan Muar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 24 pada hari Sabtu 2 Mei 2009 bersamaan 7 Jamadilawal 1430H bertempat di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Muar di Parit Pechah. Ianya dirasmikam oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Ybhg. Dato' Dr Hj. Mahfodz Mohamed.

Majlis turut dihadiri oleh pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat.Ia membuktikan bahawa perpaduan antara kaum dapat benar-benar diiratkan melalui kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Di bawah ini beberapa gambar semasa majlis peras
mian .



YDP PAS Kawasan Muar,Ust. Abu Bakar Mohd Lajat dan ahli jawatankuasanya sedang menyambut
ketibaan Ybhg Dato' PJ dengan diiringi paluan kompang dari pemuda Kampong Parit Amal Jln. Joned, Muar


Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Muarturut serta berbaris menyambut ketibaan Ybhg Dato' PJ


Sdr. Abu Satiman (Setiausaha Kerja PAS Muar) sedang mengiringi Ahli Parlimen Bakri (YB Er Teck Hwa)
dan rombongannya ke Dewan Pusat Tarbiyyah PAS Muar, Pt. Pechah




Para pelajar dari Persatuan Silat Sendang turut sedang membuat persembahan sebaik sahaja
ketibaan Ybhg. Dato' PJ dan tetamu jemputan.


Ybhg. Dato' Dr Mahfoz, YB Dr. Mohammad Taslim dan Timb. YDP Tn Hj Aminulhuda Hasan sedang mendengar ucapan
alu-aluan daripada YDP Ust. Abu Bakar


En. Yatin Sarpan , Ketua Bahagian Keadilan Muar ditemani oleh veteran PAS
Cikgu Hj Khamis Joned.



YB Er Teck Hwa dan rombongannya dari DAP khusyuk mendengar ucapan Dato' Pesuruhjaya PAS Johor


0