MASJID BARU PARIT BAKAR DARAT DAN PARIT PINANG SERIBU DARAT



Masjid Jamik Pt Bakar Darat sebelum dibangunkan semula


Solat Jumaat di Masjid Jamik Pt Bakar Darat seminggu sebelum dirobohkan
Masjid ini dirasmikan pada 14 Januari 1974


Ucapan YB Dr Mohammad Taslim dalam Dewan Negeri Johor pada 27 November 2008:

"Penambahan pembinaan masjid sebanyak 32 buah dengan peruntukan sebanyak RM53 juta telah diumumkan. Di dalam DUN Maharani masih ada lagi 2 buah masjid papan iaitu di Parit Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat. Pembinaan masjid Parit Bakar Darat ini sepatutnya telah dimulakan tetapi tiada tanda-tanda ia akan didirikan. Mohon dipertimbangkan."


YB Dr Mohammad berbincang dengan Tuan Imam dan Ketua Kampong
di serambi masjid Pt Pinang Seribu Darat
Masjid ini dirasmikan pada 4 Februari 1983


Masjid Pt Pinang Seribu Darat tinggal kenangan

Alhamdulillah,kedua-dua buah masjid tersebut telah tersenarai dalam Senarai Projek Pembinaan Masjid 2008-2009.Hari ini proses pembinaan sedang bermula hasil sumbangan Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor.Orang ramai yang ingin beramal untuk menyumbang boleh terus memasukkan sumbangan ke:
Akaun Maybank No. 551016202271 atas nama Tabung Pembangunan Masjid Johor

YB Dr Mohammad Taslim dan rombongannya telah berkesempatan bersolat Jumaat di kedua-dua masjid tersebut pada minggu-minggu terakhir sebelum masjid tersebut dirobohkan.Rasa bersyukur dan sayu terasa mengenangkan pergorbanan dan jariah penduduk terdahulu sehingga masjid tersebut dapat berkhidmat selama lebih 50 tahun.Ketika masjid di kawasan lain telah diperbaharui,masjid papan di kampung tersebut masih berdiri teguh menabur bakti.

Penduduk-penduduk Kg Parit Pinang Seribu akan memulakan solat waktu dan Jumaat di Surau Kiyai Rusydi Pt Punggur Jalan Sri Tanjung mulai minggu hadapan.Ahli qariah Masjid Parit Bakar Darat pula akan bersolat Jumaat di Surau Pt Amat Darat Jalan Sri Tanjung.



Surau Kiyai Rusydi di Pt Punggur telah difatwakan
sebagai masjid untuk kariah Masjid Pt Pinang Seribu
Darat.



0