PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERSATUAN BELIA TG TOHOR,SUNGAI PULAI,MUAR


Persatuan Belia Tanjung Tohor, Sungai Pulai Muar dalam DUN Sg Balang merupakan sebuah persatuan yang diasaskan oleh anak-anak muda Kg Sungai Pulai.Ia bergerak aktif dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat untuk anak-anak muda tempatan.Di antara aktiviti tahunan yang dijalankan ialah pertandingan bola sepak.

Hari ini Ahad 3 Mei 2009 mereka menganjurkan pertandingan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah.Menurut Pengerusi Pertandingan, Sdr Mohd Fakar b Naim, kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan bola sepak dan telah disertai oleh pasukan tempatan serta mendapat sambutan hebat daripada pasukan dari Batu Pahat dan Melaka.Sebanyak 32 buah pasukan menyertai pertandingan ini.Hadiah yang disediakan juga lumayan.Johan menerima piala,medal dan wang tunai RM 1000.00 ,naib johan menerima medal dan wang tunai RM500.00 manakala tempat ketiga menerima medal dan wang tunai RM300.00.

Dalam pertandingan akhir pasukan Makmor FC berjaya menewaskan pasukan Sri Merlong dan membawa pulang wang tunai RM1000.00

ADUN Maharani YB Dr Mohammad Taslim diberi penghormatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.
Tahniah kepada penganjur,pemenang dan peserta kejohanan ini.



ADUN Maharani YB Dr Mohammad menyampaikan hadiah
dan bergambar kenangan bersama pemenang, Makmor FC

0