28 Dis 2008

KENANGAN TAHUN PERTAMA ADUN DI DEWAN NEGERI JOHOR BUKIT TIMBALAN


Pengalaman pertama di Dewan Negeri Johor Bukit Timbalan Johor Bahru.Kami sepakat sebagai ADUN Pakatan Rakyat dalam banyak perkara.Cuma satu perkara yang  mungkin untuk dijadikan sejarah apabila ADUN Bentayan,YB Gwee Tong Hiang,dengan pendiriannya tidak mahu memakai pakaian rasmi Dewan dengan bersongkok ketika Majlis Perasmian Sidang DUN Johor yang pertama. ( Lawati: http://daulattuanku.blogspot.com/2008_06_01_archive.html ) Dari kiri:...
Read More
27 Dis 2008

UCAPAN BAJET ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR 2008


Ucapan Bajet 2009 Adun Maharani Written by DR. Mohammad Bin Taslim Saturday, 27 December 2008 19:42 Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSelamat Sejahtera.Selamat Pagi. YB Dato’ Speaker, Alhamdullillah saya bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberi saya peluang untuk...
Read More
26 Dis 2008

Soalan Lisan Bagi Mesyuarat Dewan Negeri Johor November


ISKANDAR MALAYSIAIskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun. Setakat ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia. Persoalannya, sejauh manakah Iskandar Malaysia...
Read More
17 Dis 2008

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2009


DUN MAHARANI dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar akan mengadakan program tersebut pada 27-12-2008 bertempat di perkarangan pejabat DUN Maharani di pekan Pt. Bakar. "Program Bantuan Persekolahan" ini dianjurkan bagi kali kedua sebagai tanda tanggungjawab untuk sama-sama membantu meringankan beban khususnya kepada pelajar yang miskin dan susah sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan tahun 2009. Sehubungan...
Read More
12 Dis 2008

IBADAH QURBAN I'DIL ADHA MERIAH


Sempena I'dil Adha tahun ini, DUN MAHARANI telah mengadakan Program Qurban. Lebih kurang 14 ekor lembu dikorbankan. Program ini dibuat secara berpusat iaitu di reatoran JI TOM YAM, Pekan Parit Bakar. Lebih kurang 500 kupon daging qurban telah diedarkan kepada orang ramai seperti golongan miskin dan golongan susah. Pada sebelah petang daging ini diedarkan. Mereka ini bukan sahaja mendapat daging qurban tetapi pihak urusetia telah menjamu mereka dengan...
Read More
05 Dis 2008

Mesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 4 Disember 2008


SOALAN TAMBAHAN YB. DR. MOHAMMAD TASLIM TENTANG PROGRAM ANUGERAH DESA CEMERLANG.Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Yang Berhormat Dato' Speaker.Y.B. Dato' Speaker: Maharani.Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Soalan tambahan. Saya ucap tahniah kepada kampung-kampung yang dapat anugerah. Walau bagaimanapun dari segi pemantauan, yang boleh dikatakan dilakukan pemantauan, tetapi kalau kita pergilah, kita pergi ke kampung-kampung yang pernah mendapat anugerah ini, saya yakin kecemerlangan itu tidak dapat dikekalkan. Saya nampak di kawasan...
Read More
04 Dis 2008

ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR


Johor Laksana Projek Pembangunan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi  KOTA ISKANDAR, 23 Jun: Johor menerima peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama sejumlah hampir RM500 juta untuk pelaksanaan 3,704 projek pembangunan di seluruh negeri.Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sehingga kini sebanyak 2,001 projek iaitu 54 peratus sedang dilaksanakan, 839 projek sudah siap (22.7 peratus) dan ...
Read More
04 Dis 2008

Sedutan Ucapan YB Dr. Mohammad di Dewan Negeri Johor (27 November 2008)


Cuit-cuit...YB. Dr. Mohammad b. Taslim (Maharani): Kempen bumi hijau sepatutnya terus digalakkan. Walaubagaimanapun, masalah yang dihadapi petani-petani ini ialah masalah makhluk perosak. Jika sebelum ini, YB. Parit Yaani mengeluh tentang pasal monyet, di Maharani juga ada masalah sama juga monyet ini ada di mana-mana memusnahkan tanaman rakyat. Cuma di Muar ini kelebihan sikit ni kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Tanjung Ketapang, monyet...
Read More
04 Dis 2008

Soalan Tambahan Tentang Majlis Perbandaran Muar


Mesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 2 Disember 2008Y.B. Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Yang Berhormat Dato' Speaker.Y.B Dato' Speaker: Jemput, Maharani.Y.B. Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Soalan tambahan. Adakah di antara langkah-langkah yang diambil untuk menambah hasilnya dengan menaikkan cukai sebab kita tahu dengan keadaan yang begini, kami mengharapkan supaya tidak akan dinaikkan cukai-cukai contohnya cukai tanah dan lain-lain....
Read More
03 Dis 2008

PROGRAM IBADAH QURBAN SEMPENA I'DIL ADHA


DUN MAHARANI mengucapkan I'dil Adha kepada semua umat Islam. Sempena hari yang mulia ini Jawatankuasa Dun Maharani akan mengadakan porgram Ibadah Qurban. Alhamdulillah, setakat ini 15 ekor lembu untuk ibadah qurban. Sesiapa yang ingin menyertai ibadah qurban ini pihak Dun Maharani sangat mengalu-alukan. Ibadah Qurban ini akan diadakan dibeberapa buah kampong dan dagingnya akan diberikan kepada fakr miskin dan masyarakat setempat.Untuk satu bahagian(1/7) dikenakan bayaran RM 400.00. Sebarang pertanyaan boleh hubungi - 017-6156740 / 019-6665694...
Read More
03 Dis 2008

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR 5A UPSR 2008


Pada 30-11-2008, Dun Maharani telah mengadakan program Sumbangan Hadiah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di DUN MAHARANI. Jumlah yang mendapat 5A di DUN MAHARANI sebenarnya lebih ramai lagi, tetapi peruntukan dan sumbangan agak terhad maka pihak Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN MAHARANI hanya memberi sumbangan kepada 49 pelajar dari beberpa buah sekolah.Sumbangan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan telah disampaikan...
Read More
25 Nov 2008

SIDANG DUN NEGERI JOHOR - 21 NOVEMBER HINGGA 11 DISEMBER 2008


Sidang Dun Johor bermula …..Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Undangan Negeri Johor (DUN Johor) yang akan bersidang pada 21hb. November, 2008 dalam membahaskan Belanjawan 2009.Saranan dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lain terhadap ekonomi Malaysia dan Negeri Johor.Kerajaan Negeri Johor hendaklah mampu menjangkakan ekonomi negara dan Negeri Johor akan mengalami penguncupan dalam tahun...
Read More
19 Nov 2008

AKTIVITI TERKINI


...
Read More
07 Nov 2008

Ceramah Pakatan Rakyat


...
Read More
31 Okt 2008

MAJLIS JAMUAN RAYA PERPADUAN


Pada 29 Okt. 2008 beberapa Jabatan Kerajaan di Daerah Muar telah bergabung mengadakan majlis sambutan Hari Raya dipenghujung bulan syawal. Majlis ini dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, pegawai, penghulu, ketua kampong, individu yang dijemput khas dan anak-anak yatim. Kehadiran dianggarkan 1000 orng. Wakil dari Dun Maharani turut dijemput hadir. YB Dr. Mohammad Taslim, ADUN Maharani  bersama 5 orang pengiring turut hadir dalam majlis tersebut....
Read More
29 Okt 2008

Selamat Meraikan Hari Deepavali / Deepavali Nal Valthukhal


Kami merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu.Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang diraikan ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukh...
Read More
27 Okt 2008

RUMAH TERBUKA I'DUL FITRI 2008 DUN MAHARANI


Pada 25-10-2008, Dun Maharani telah mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri 2008. Program ini diadakan di rumah Y.B Dr. Hj. Mohammad b. Taslim. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik, dan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa tidak melepaskan peluang untuk hadir ke jamuan tersebut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan juga kepada para petugas dan penderma yang telah memberikan sokongan sehingga majlis ini berjalan dengan...
Read More
22 Okt 2008

MERASMIKAN SURAU BARU AL-EHSAN


Pada 18-10-2008 Y.B Dr. Mohammad bin Taslim telah dijemput oleh penduduk kampong Parit Amal Jalan Jonid, Muar untuk merasmikan pembinaan Surau baru Al-Ehsan. Pembinaan Surau baru ini adalah kali yang ketiga. Sebelum ini Surau didirikan daripada papan.Oleh kerana keadaannya yang semakin uzur dan sempit kerana penduduk semakin bertambah maka pihak jawatankuasa Surau telah bersepakat untuk membina Surau baru yang lebih besar dan selesa. Pelbagai usaha...
Read More