IBADAH QURBAN I'DIL ADHA MERIAH
Posted in: Ibadah Qurban Aidil AdhaSempena I'dil Adha tahun ini, DUN MAHARANI telah mengadakan Program Qurban. Lebih kurang 14 ekor lembu dikorbankan. Program ini dibuat secara berpusat iaitu di reatoran JI TOM YAM, Pekan Parit Bakar. Lebih kurang 500 kupon daging qurban telah diedarkan kepada orang ramai seperti golongan miskin dan golongan susah. Pada sebelah petang daging ini diedarkan. Mereka ini bukan sahaja mendapat daging qurban tetapi pihak urusetia telah menjamu mereka dengan mee hoon sup tulang. YB Dr Hj Mohammad B Taslim memohon maaf kerana tidak dapat hadir . Beliau
menghadiri mesyuarat Sidang Dewan Negeri Johor pada sebelah pagi dan pada sebelah petang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.
Program qurban juga diadakan dibeberapa buah kampung/cawangan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk setempat. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan meriah. Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada para petugas dan kepada individu yang telah menyertai program qurban DUN Maharani. Program ini adalah program tahunan DUN Maharani. Mudah-mudahan tahun hadapan akan bertambah penyertaian orangramai terhadap Program Qurban ini.
Pengarah MTD Dun Maharani, Sdr. Abu Bakar Ismail(berbaju biru) sedang melakukan penyembelihan.
klik di sini untuk melihat gambar-gambar
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2008
(32)
-
▼
Disember
(11)
- KENANGAN TAHUN PERTAMA ADUN DI DEWAN NEGERI JOHOR ...
- UCAPAN BAJET ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR 2008
- Soalan Lisan Bagi Mesyuarat Dewan Negeri Johor Nov...
- PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2009
- IBADAH QURBAN I'DIL ADHA MERIAH
- Mesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 4 Disember ...
- ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR
- Sedutan Ucapan YB Dr. Mohammad di Dewan Negeri Joh...
- Soalan Tambahan Tentang Majlis Perbandaran Muar
- PROGRAM IBADAH QURBAN SEMPENA I'DIL ADHA
- SUMBANGAN KEPADA PELAJAR 5A UPSR 2008
-
▼
Disember
(11)
3