ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR


Johor Laksana Projek Pembangunan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 

KOTA ISKANDAR, 23 Jun: Johor menerima peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama sejumlah hampir RM500 juta untuk pelaksanaan 3,704 projek pembangunan di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sehingga kini sebanyak 2,001 projek iaitu 54 peratus sedang dilaksanakan, 839 projek sudah siap (22.7 peratus) dan baki 864 masih di peringkat penyediaan dokumen dan tawaran.

“Kita telah membelanjakan sebanyak RM56.5 juta iaitu 11 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan.

“Projek yang sedang dilaksanakan merangkumi sektor perumahan, pembasmian kemiskinan, menaik taraf kemudahan pendidikan, kesihatan dan keselamatan serta membaik pulih infrastruktur awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng See Tiong (Parit Yaani), Datuk Dr Adham Baba (Pasir Raja), Datuk Abdullah Ali (Bukit Naning), Datuk Abd Hamid Abd Rahman (Machap), Lim Kee Moi (Yong Peng), Dr Lee Hong Tee (Jementah), Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) dan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) pada Sidang Dewan Negeri (DN) ke-12 di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang positif dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Abdul Ghani menjelaskan, untuk Pakej Rangsangan Ekonomi kedua sejumlah RM1.04 bilion turut diperuntukkan bagi pelaksanaan  536 projek.

“Daripada jumlah itu 16 projek bernilai RM1.3 juta telah siap, 280 projek sedang dilaksanakan dan 240 masih di peringkat penyediaan dokumen,” katanya.
sumber: http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=746&Itemid=29

 ______________________________________________________________________________

Laman Utama > Johor Online > Berita Kerajaan

Dec 03, 2008 - 12:52 PM •

Sidang DUN Johor: PBT tak naikkan cukai taksiran tahun depan

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun depan berikutan keadaan ekonomi yang kurang stabil, selain tidak mahu membebankan rakyat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kemudahan Awam dan Kerja Raya negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata PBT perlu mencari hasil bukan cukai lain bagi menampung perbelanjaan agensi berkenaan.

Beliau yang menjawab soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (Pas-Maharani) pada sidang Dewan Negeri Johor di sini, semalam berkata, aras cukai taksiran PBT di negeri ini hingga pertengahan tahun depan akan kekal.
 
http://www.johordt.gov.my/site/lanjutan/sidang_dun_johor_pbt_tak_naikkan_cukai_taksiran_tahun_depan/

_______________________________________________________________________________


0