Mesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 4 Disember 2008


SOALAN TAMBAHAN YB. DR. MOHAMMAD TASLIM TENTANG PROGRAM ANUGERAH DESA CEMERLANG.

Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani):
Yang Berhormat Dato' Speaker.

Y.B. Dato' Speaker: Maharani.

Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Soalan tambahan. Saya ucap tahniah kepada kampung-kampung yang dapat anugerah. Walau bagaimanapun dari segi pemantauan, yang boleh dikatakan dilakukan pemantauan, tetapi kalau kita pergilah, kita pergi ke kampung-kampung yang pernah mendapat anugerah ini, saya yakin kecemerlangan itu tidak dapat dikekalkan. Saya nampak di kawasan saya sendiri, ada kampung cemerlang tetapi sekarang nampak tak cemerlang. Saya nak tahu berapa buah kampung yang telah dianugerahkan dan bagaimana status kampung-kampung itu? Adakah memuaskan dari segi kemajuannya dan juga dari segi peruntukan-peruntukan yang diberi, adakah memadai? Terima kasih.

Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan: Yang Berhormat Dato' Speaker, sebenarnya yang tadi saya katakan beberapa aspek maknanya 7 aspek utama yang kita nilai dari segi untuk kampung itu sendiri. Maknanya di dalam segi JKK kampung itu sendiri, kepimpinan JKK itu sendiri. Dan sebenarnya, JKK lah yang memainkan peranan di dalam kita melihatkan kemajuan sesebuah kampung itu. Sebab ialah merupakan satu titik tolak untuk kampung itu lebih maju dan permuafakatan di antara JKK dengan keseluruhan masyarakat itu sendiri. Jadi sebab itu saya katakan, kalau kampung kita dah jadi johan, dah terbaik, kita nak lagi baik daripada itu. Sebab kita ada satu lagi anugerah selain daripada Anugerah Desa Cemerlang, kita ada Anugerah Desa Gemilang dan kemudian kita ada Anugerah Desa Terbilang, yang dua...

Y.B. Dato' Speaker: Apa anugerah apa Yang Berhormat? Terbilang?

Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan: Ya, Yang Berhormat Dato' Speaker, kita ada Anugerah Desa Cemerlang dan Gemilang. Dan, kemudian kita ada lagi untuk Terbilang. Jadi, inilah semua aspek-aspek yang perlu ada bagi setiap kampung itu untuk memajukan lagi kampung itu Yang Berhormat Dato' Speaker. Yang pentingnya adalah orang kampung itu sendiri dan JKK kampung itu sendiri selain daripada pemantauan yang dibuat oleh jabatan-jabatan dan juga apa yang diperlukan untuk kampung itu yang boleh dapat daripada jabatan ataupun agensi yang lain.

Y.B. Dato' Speaker: Tempat saya ada satu, Desa Cemerlang.

3

    I think I need to think in order to fully understand the contents of your description!
    Personalized signatures:我爱棋牌