Memaparkan catatan dengan label jamuan hari raya. Papar semua catatan

JAMUAN HARI RAYA 1431H


Sambutan Hari Raya tahun ini disambut meriah.Wakil rakyat  Pakatan Rakyat  turut meraikannya bersama masyarakat.Inilah di antara Majlis yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat:

JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN BAKRI PADA 8 OKTOBER 2010

'Kueh Bulan ' PAS hanya dihidangkan dalam Majlis Hari Raya PAS Bakri !
 
Muffin istimewa berlogo BULAN ini adalah hidangan unik
di Majlis Jamuan Hari Raya  PAS Bakri yang diadakan 
di Taman Desa Sg Abong Muar.
YB Dr Sheikh Ibrahim,ADUN Sg Abong merangkap YDP PAS Bakri, dan isteri 
menjadi tuan rumah.Gambar kenangan ADUN dan ahli keluarga.

Dari kiri : Dr Salmah (isteri YB Dr Sheikh Ibrahim) bersama Puan Rubiah 
(isteri YB Dr Mohammad) dan anaknya.
 
Tetamu Kehormat,YBhg Dato Mahfoz (PJ PAS Johor) membelakangkan kamera
diraikan oleh YB Dr Sheikh ibrahim Dan YB Dr Mohammad.

JAMUAN HARI RAYA POLIS DIRAJA MUAR:

Tuan OCPD Muar,ACP Mohd Nasir Ramli segak diapit oleh
YB Dr Sheikh Ibrahimdan YB Dr Mohammad.

Kemesraan pemimpin rakyat terserlah.
YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh bersama tetamu menjamah hidangan.


JAMUAN HARI RAYA MAJLIS PERBANDARAN MUAR: 

Dari kiri: Dr Salmah (isteri YB Dr Sheikh), YB Dr Sheikh Ibrahim,
Tuan Rumah Tuan Hj Mohd Fuad (YDP MPM), YB Dr Mohammad, YB Er Teck Hwa
dan Pegawai Khasnya. 




Read More

RUMAH TERBUKA I'DUL FITRI 2008 DUN MAHARANI


Pada 25-10-2008, Dun Maharani telah mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri 2008. Program ini diadakan di rumah Y.B Dr. Hj. Mohammad b. Taslim. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik, dan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa tidak melepaskan peluang untuk hadir ke jamuan tersebut.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan juga kepada para petugas dan penderma yang telah memberikan sokongan sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.



Majlis di rumah YB Dr Mohammad Bin Taslim

Hjh. Rubiah isteri kepada YB(yang berdiri berbaju merah) turut melayan tetamu yang hadir

Para jemputan sedang menjamu selera
Turut diraikan DO Muar ( berbaju coklat), Pegawai Perpaduan dan ADO ( berdiri) .



 


Masyarakat Cina sedang menikmati jamuan yang disediakan

YB Dr. Mohammad dan YDP PAS Muar sedang mendengar sesuatu daripada YB Bentayan

YB Dr Mohammad sedang melayan YDP MPM Muar (sedang membasuh tangan) dan YB Parlimen Bakri(berbaju putih)




 

Read More