MERASMIKAN SURAU BARU AL-EHSAN


Pada 18-10-2008 Y.B Dr. Mohammad bin Taslim telah dijemput oleh penduduk kampong Parit Amal Jalan Jonid, Muar untuk merasmikan pembinaan Surau baru Al-Ehsan. Pembinaan Surau baru ini adalah kali yang ketiga. Sebelum ini Surau didirikan daripada papan.Oleh kerana keadaannya yang semakin uzur dan sempit kerana penduduk semakin bertambah maka pihak jawatankuasa Surau telah bersepakat untuk membina Surau baru yang lebih besar dan selesa.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencari sumber kewangan. Hasil usaha gigih akhirnya Surau baru berjaya didirikan. Kebanyakkan sumbangan datang dari penduduk kampong ini dan saudara mara yang berada di luar kampong termasuk saudara mereka yang berada di Singapura. Kos pembinaan Surau sebanyak RM 120.000.00.
Dalam ucapan perasmian oleh Y.B Dr. Mohammad, beliau mengingatkan kepada para hadirin agar Surau ini dapat digunakan sebaik mungkin dengan mengadakan aktiviti yang dapat menarik masyarakat seperti mengadakan kuliyyah, kelas al-quran dan sebagainya agar pahala kebajikan sampai kepada penderma-penderma.




0