SUMBANGAN BERAS BULANAN ALIT'AM DUN MAHARANI


SUMBANGAN BERAS BULANAN AL IT'AM DI CAWANGAN BANDAR 'A'

Pada petang Khamis 2 Februari 2012 YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah menziarahi dua orang penerima sumbangan al it'am dalam PAS Cawangan Bandar 'A' , bersama-sama Ketua Cawangannya Tn Hj Selamat Othman. Sumbangan ini walau kecil tetapi cukup bermakna kepada penerimanya.. Mereka cukup terharu dengan keperhatinan kami membantu meringankan beban hidup mereka. Setakat ini 35 orang dalam DUN Maharani meneria sumbangan ini.


En. Nasir menerima sumbangan beras bulanan daripada
Tn Hj Selamat, Ketua Cawangan PAS Bandar 'A'.
En. Nasir hanyalah seorang penjual surat khabar di Pasar Awam Muar. Pada hari minggu beliau menjualnya di Pasar Tani.Beliau mempunyai 7 orang anak. Isteri beliau sakit,sedang mendapat rawatan daripada hospital.


Puan Zahoriah (gambar di atas) pula seorang ibu tunggal.Beliau mengambil upah membuat kasut kertas yang digunakan oleh orang Tionghua ketika mati. Upahnya hanya 10 sen untuk sebuah kasut.


Kasut ini branded, tetapi dibuat daripada kertas.


Timbunan kasut sedang  disusun setelah siap.

 Anak ini membantu ibunya mencari belanja dapur.


Penyampaian bantuan al it'am di Pt Samsu dan Pt Limbung:

 YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan beras bulanan kepada wakil penerima.


 Warga emas,ibu tunggal di Pt Limbung meneriam sumbangan.


Kak Pon menghidap angin ahmar.Beliau juga penerima sumbangan al it'am.
YB Dr Mohammad sempat merawat beliau kerana kebetulan beliau demam ketika
kami datang menyampaikan sumbangan

0