SEHARI BERSAMA PEMIMPIN DI DUN MAHARANI - YB DR MOHAMMAD BERSAMA YB DATO' SRI NIZAR DAN YB IDHAM LIM
Posted in: KEBAJIKAN, ziarahPEMIMPIN TURUN PADANG DI DUN MAHARANI
AHAD 19 Februari 2012
PAS Malaysia telah mengadakan Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Zon Selatan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dari 17 hingga 19 Februaru 2012. Konvoi ini berakhir pada hari Ahad 19 Februari di Kawasan Muar dan Bakri.
Program pertama ialah Kuliah Subuh hari Ahad Surau Al Ehsan, Parit Amal Laut, Muar, Surau Parit Bulat Darat, Muar, Masjid Sungai Abong dan Surau Naib Piee.
YB Dato' Sri Nizar memulakan programnya dengan mengadakan kuliah Subuh di Surau al Ehsan Pt Amal Laut dalam DUN Maharani. Selepas itu beliau bertolak ke Batu Pahat untuk Program Penerangan peringkat negeri Johor.
Pada pagi Ahad ini , kehadiran YB Khalil Idham Lim, ADUN titi Serong Perak, dimanafaatkan dengan melakukan ziarah ke To' Kong di Pekan Parit Bakar, Muar. Kehadiran beliau dengan diiringi oleh Sdr Abu Satiman, SUK PAS Muar, disambut oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dan Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar dan AJK DUN Maharani. Mereka sempat beramah mesra dengan masyarakat Cina di To' Kong dan warong di situ. SSambutan daripada masyarakat Cina sunguhmemberangsangkan. Gambar-gambar di bawah menceritakan peristiwa ini:
YB Dr Mohammad mengiringi YB Kamal Idham Lim bermesra masyarakat
Cina yang santai di pagi Ahad.
Kenangan-kenangan bersama nasyarakat Cina di To' Kong Parit Bakar
Seorang penduduk tempatan menyambut ketibaan YB.
Sarapan pagi.....
Selepas selesai Program pagi Ahad di Batu Pahat, YB Dato' Seri Nizar brsama Sdr Abdul Razak Sulaiman, kembali ke DUN Maharani untuk program ziarah al malak.. YB Dr Mohammad Taslim turut mengiringi beliau menziarahi Tuan Imam Hj Supian, Imam Surau Al Bani di Parit Lintang, Parit Samsu Muar dan mantan Penghulu Hj Giman Lipot di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar. Lawatan ini sangat berjaya menghubungkan pemimpin PAS dengan ketua masyarakat.
Tuan Hj Supian menyambut ketibaan YBDato' Sri Nizar,
YB Dr Mohammad Taslim dan rombongannya.
Suasana mesra, ukhuwah terjalin.
Sedikit cenderamata untuk tuan rumah
Dua orang pemimpin bertemu mesra.
Ukhuwah terjalin....
Selepas menziarahi Tuan Hj Supian rombongan ini mengunjungi pula mantan Penghulu Hj Giman Lipot di Parit samsu jalan Temenggong Ahmad Muar.
Kegembiraan tuan rumah menambut rombongan ini terserlah apabila 6 daripada 7 orang anak beliau yang bekerja di luar Johor kembali untuk meraikankehadiran YB Dato' Sri Nizar ke rumah mereka.Pengalaman di jadikan tauladan, ukhuwah Islamiah terjaliun.
AJK DUN Maharani mengiringi rombongan ziarah.
Penghulu Giman menceritakan pengalamannya...
Keluarga besar Penghulu Giman meraikan rombongan Dato' Sri Nizar.
Cenderamat untuk tuan rumah.
Setelah seharian menjalankan aktiviti parti rombongan ini singgah sebentar di rumah YB Dr Mohammad Taslim di Taman Bunga Raya Muar untuk solat zuhur danmakan tengahari. Alhamdulillah seorang lagi pemimpin PAS diraikan di rumah penuh berkat ini.
Buku Pelawat disediakan untuk kenangan dan memantapkan semangat juang.
YB Dr Mohammad di apit oleh YB Dato' Sri Nizar dan Sdr Abu Bakar, Pengarah MTD Maharani.
Salan Perjuangan daripada YB Dato' Sri Nizar.
Jamuan makan tengahari...
YB Dr Mohammad dan keluarga mengabadikan gambar kenangan
bersama YB Dato Sri Nizar.
YB Dato' Sri Nizar bersama PuanRubiah (isteri YB Dr Mohammad)
dan sahabat-sahabat yang turut membantu program.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2012
(62)
-
▼
Februari
(14)
- HI-TEA BERSAMA YB DATO' SRI IR NIZAR JAMALUDDIN DI...
- SEHARI BERSAMA PEMIMPIN DI DUN MAHARANI - YB DR MO...
- ADUN MAHARANI PRIHATIN MASALAH RAKYAT
- ADUN MAHARANI TURUN PADANG BERTERUSAN
- Pas proaktif kumpul dana - Johor - Sinar Harian
- PROGRAM KEBAJIKAN DUN MAHARANI - AL IT'AM
- ADUN MAHARANI GOES TO THE PEOPLE IN MUAR
- JAMUAN DANA PILIHANRAYA DUN MAHARANI 2012
- SAMBUTAN MAULIDUR RASIL 1433H PERINGKATNEGERI JOHO...
- SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 PERTUBUHAN BAKTI BAK...
- SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 AHLI PARLIMEN BAKRI
- HI-TEA BERSAMA DATO' PADUKA HUSAM MUSA DI DUN GAMBIR
- SUMBANGAN BERAS BULANAN ALIT'AM DUN MAHARANI
- PROGRAM KEBAJIKAN DUN MAHARANI DI PARIT RAJA MUAR
-
▼
Februari
(14)
0