MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERTANDINGAN KARAOKE ANJURAN DAPSY BAKRI


MAJLIS MAKAN MALAM DAPSY BAHAGIAN BAKRI MERIAH.

DAP Socialist Youth (DAPSY) Bahagian Bakri  di bawah kepimpinan Sdr Wee Jon Leong dan Pengerusinya YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pertandingan Karaoke di Restoran Star's Jalan Sakeh Muar pada malam hari Ahad 24 Julai 2011.


Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 orang itu turut mengundang YB Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan/EXCO Kerajaan Selangor, YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Er Teck Hwa (Ahli  Parlimen Bakri) dan tuan rumah YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan). YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar dan Sdr Farid Nasir (Ketua Unit Amal Muar).
Seramai 30 orang peserta karaoke lelaki dan perempuan berumur 40 tahun ke atas telah membuat persembahan pada malam itu.


Terima kasih DAPSY Bakri yang menjemput YB Dr Mohammad dan rombongannya ke Majlis tersebut sebagai tanda ukhuwah Pakatan Rakyat yang sentiasa mantap.


Mesra...YB Dr Mohammad disambut oleh YB Gwee dan YB Er.


Pemimpin Pakatan Rakyat semeja, sehati, sejiwa.
 
Pelukan penyokong yang cukup bermakna....
 
YB Dr Mohammad diapit oleh YB Gwee dan Sdr Farid.
 
 
Bersama YB Er.
 
Kemesraan dua Ketua Pemuda - PAS dan DAP.

Wartawan tidak dilupakan.

 YB Ean Yong menyampaikan hadiah kepada JohanKaraoke.


 Jamuan halal......

0